:: mencari sinar ::

RADIX FRIED CHICKEN (RFC) DI MYDIN MALL,MITC

Tollbar HPA


Jom kita letak toolbar Hpa

Klik link SINI

Bersama adik-adikku

Exercise robot

Jom sertai HPA


Kenali HPA

Jika anda pernah mengenali jenama Radix di pasaran, anda seharusnya mengetahui bahawa HPA adalah syarikat yang mengeluarkan produk ini. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida. Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 15 Julai 1995 dan merupakan sebuah syarikat tempatan dan 100% milik bumiputra Muslim. HPA sangat komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal berupa makanan kesihatan berasaskan herba, produk makanan & minuman Halal, produk kegunaan harian dan produk kosmetik.

Produk HPA adalah produk yang paling banyak diminati di pasaran kerana harganya yang sangat berpatutan, berkualiti tinggi, mujarab dan selamat digunakan. Sehingga kini HPA telah mengeluarkan lebih 200 jenis produk dipasaran dan ianya semakin bertambah dari masa ke semasa.

CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA:

• Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
• Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
• Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
• Menggunakan 100% herba.
• Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
• Tidak mengandungi steroid.
• Melepasi ujian had kandungan logam berat.
• Melepasi ujian had Mikrob.
• Melepasi ujian had kecairan.
• Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.



Peluang Perniagaan Bersama HPA
HPA menawarkan peluang perniagaan yang cukup menarik dan anda pasti mampu menjana pendapatan lumayan melaluinya, InsyaAllah. Produk-produk HPA dipasarkan melalui anak syarikat HPA, Al-Wahida Marketing Sdn Bhd menggunakan kaedah pemasaran berbilang aras (Multi Level Marketing).
Perniagaan MLM HPA telah mendapat pengiktirafan sebagai MLM Syariah daripada Biro Konsultansi Majlis Ulama Indonesia dan HPA juga mempunyai Panel Syariah sendiri yang bertindak memantau segala aktiviti perniagaan HPA dari segi penyediaan produk dan konsep perniagaan yang digunakan. Ahli panel ini terdiri daripada para ahli akademik, pensyarah, professor dan ahli agama.
HPA turut menyediakan kursus keusahawanan dan perawatan herba yang mantap kepada semua ahli untuk melahirkan usahawan yang hebat dan juga perawat yang terlatih. Plan pemasaran HPA yang dirangka mampu memberi pendapatan lumayan dan ianya terbukti dengan lahirnya ramai usahawan HPA dengan pendapatan 4, 5 angka sebulan.

KELEBIHAN PERNIAGAAN HPA:

1. Keahlian HPA hanya RM30 seumur hidup. Tiada yuran tahunan.

2. Ahli mendapat diskaun 20-25% untuk semua produk.

3. Belian minima hanya 50 Nilai Mata (NM) setiap bulan untuk layak mendapat bonus.

4. Kepelbagaian jenis produk (kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll)

5. Produk berteraskan harga ihsan, murah dan mudah dipasarkan.

6. Program ‘Perkongsian Bijak Cemerlang’ (PBC) untuk melahirkan usahawan cemerlang dengan pendapatan 5 angka sebulan.

7. Program 'Perkongsian Ilmu Cemerlang' (PIC) & Sijil Herbalis untuk menjadi perawat dan herbalis.

8. Peluang mempelajari ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.

9. Ribuan stokis dan ratusan cawangan HPA di seluruh Malaysia.

10. Tawaran 11 jenis ganjaran bonus lumayan melalui pelan pemasaran yang begitu mudah, adil dan sukses. Tiada penurunan pangkat dan peratusan bonus serta tiada group sales maintain!

11. Ahli boleh melabur dalam Koperasi HPA untuk mendapatkan keuntungan.

12. HPA mengiklankan produknya seperti Kopi Radix, Radix Cola, Sarsi, Cereal di TV3, TV9, akhbar harian, pengangkutan awam dan di papan-papan iklan.

13. HPA mengeluarkan banyak produk kesihatan yang tentunya amat bermanfaat jika diamalkan oleh semua. Sebagai pengamal produk kesihatan HPA, insyaAllah anda akan mendapati tahap kesihatan anda menjadi semakin baik.

14. Ahli akan mendapat NM dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC), Restoran Radix Organic Recipe (ROR), Radix Chicken House (RCH), menggunakan perkhidmatan Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA.

15. Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim.

16. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.

17. Ahli akan mendapat diskaun sehingga 50% apabila menginap dimana-mana rangkaian Hotel D'Palma.



Mari Bermuamalah Bersama Kami
Marilah bersama-sama kami menjalankan muamalah yang unik serta berlandaskan syariat Islam ini. HPA telah membuka peluang yang seluas-luasnya untuk anda menjadi pengedar HPA bagi menjayakan perniagaan ini dan sudah tentu HPA menawarkan satu pendapatan yang bukan sahaja menarik dan lumayan tetapi yang paling penting adalah barakah.
Kenapa barakah? Pertama, sebagai Muslim sejati, HPA sentiasa memastikan perniagaan yang ditawarkan ini bebas sama sekali dari amalan riba. Kedua, HPA tidak akan bersyubahat dan akan memastikan sumber bahan mentah yang digunakan adalah tidak bertentangan dengan syarak.
Seterusnya HPA akan menentukan para pekerja dan pengedar mematuhi etika sebagai Muslim sejati supaya kita semua, InsyaAllah akan mendapat Perlindungan, Keberkatan dan Dimurahkan Rezeki dimana juga kita berada.

Marilah Bersama Perniagaan Umat Islam Terulung Di Era Ini. Pastinya Inilah Pilihan Anda!

Berminat? Hubungi saya..

Perkembangan Terkini HPA 2008

Kopi Radix

Radix Cola

Radix Koko

H1N1(pengalaman family pesakit)


JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB.....


My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar....

No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room...
Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father...

First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.

Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya...selawat 3x...

EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE
for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip....

ALHAMDULILLAH. ..my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday... .she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)...

This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA'ALLAH! !!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!

boleh try...

Perkongsian info dri emel



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Apa khabar? moga sihat
sentiasa..

Tak lama lagi, dalam beberapa hari lagi,
exam/peperiksaan bertulis PTD dijadualkan akan
berlangsung pada 8 Ogos 2009 di seluruh negara..
Zul terlibat juga ke dengan exam ini?
Jika ya, Zul dah bersedia ke? dah buat
persediaan?

Atau Zul ada soalan bocor? Jika ada,
saya cakap Zul berbohong! Tiada soalan
exam PTD yang bocor. Yang ada adalah panduan atau
ramalan soalan peperiksaan PTD tersebut..

Sebenarnya, skop peperiksaan PTD ini adalah
terlalu luas. Ianya meliputi pengetahuan Am,
matematik, sejarah, peristiwa, analisa,
kebudayaan dan lain-lain lagi. Ibarat Zul
perlu tahu kesemuanya.

Apa yang Zul perlu tahu adalah
pengetahuan yang meluas. Tidak kira apa jua
bidang sekalipun. Jadi, sesiapa yang rajin
membaca, pastinya akan memperolehi pengetahuan
yang meluas, mencakupi banyak bidang.

Saya syorkan Zul:

- baca buku "Malaysia Kita"

- cari soalan - soalan yang menduga IQ di
internet

- isu-isu Nasional

- Isu semasa

- pengetahuan am

- dan lain-lain lagi

Opps, lupa pula saya! Saya ada berikan PERCUMA
satu panduan contoh soalan-soalan exam PTD
sebelum ini sebagai panduan. Mungkin Zul pernah
downloadnya sebelum ini. Jika belum pernah
download, silalah downloadnya di link di bawah
ini. Klik saja dan tunggu....
http://www.kerja-kerajaan.com/examptd.pdf

Saya tidak katakan ini adalah soalan yang
sebenarnya. Ini hanyalah contoh untuk dijadikan
panduan untuk Zul. Sekurang-kurangnya
ianya dapat membantu Zul semasa
menghadapi peperiksaan sebenar nanti.

Ok, kepada sesiapa yang akan menghadapi exam tu,
saya ucapkan semoga berjaya. Dan saya mendoakan
kejayaan anda.

GAMIS Bakal Menjulang Ketokohan Tuan Guru Nik Aziz Dalam Konsert


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sekali lagi bakal mencipta gelombang perubahan gerakan mahasiswa Islam dengan menganjurkan sebuah konsert Islamik yang bakal dirasmikan oleh Menteri Besar (MB) Kelantan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Konsert yang dinamakan Konsert Antara Dunia itu akan diadakan di Stadium Melawati pada 1 Ogos ini bermula jam lapan malam.

Konsert tersebut akan diserikan oleh tiga kumpulan nasyid besar di Malaysia iaitu Rabbani, Raihan dan Hijaz. Tambah menarik, konsert ini juga turut diserikan oleh dua kumpulan nasyid dari luar negara iaitu Kumpulan Shoutul Harakah dari Indonesia dan Nibraz dari Mesir.

Acara terpenting dalam konsert tersebut adalah gabungan mahasiswa Islam terbesar di Malaysia ini bakal mengiktiraf ketokohan Menteri Besar Kelantan menerusi Anugerah Tokoh Kepimpinan Islam Teladan Malaysia.

Menurut Presiden GAMIS, Saudara Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, mereka bersetuju untuk memberikan anugerah khas tersebut kepada MB Kelantan berdasarkan tiga ciri. Ketiga-tiga ciri itu ialah, ketokohan Tuan Guru dalam memimpin sebuah kerajaan dengan penuh keadilan, semangat dakwah yang wujud dalam diri beliau dan sifat mesra beliau dengan artis-artis tanah air khususnya dan dunia hiburan umumnya.

”Kami tidak melihat faktor politik dalam soal pemilihan ini. Bukan soal beliau Mursyidul Am kepada sebuah parti pembangkang yang besar di Malaysia. Sebaliknya faktor pemilihan ini adalah berdasarkan tiga perkara yang terpenting. Pertama, kekuatan daya pimpinan Tuan Guru untuk memandu sebuah negeri yang ternyata jauh daripada unsur-unsur ketidakadilan seperti rasuah.

”Kami juga sebenarnya berasa amat kagum dengan toleransi beragama yang wujud dalam dirinya. Hal ini disorot melalui sosok Tuan Guru sendiri yang suka dan banyak bergaul dengan tokoh-tokoh agama lain. Selain daripada itu, beliau berdasarkan pemerhatian kami juga sangat mesra dengan artis-artis tanah air, malah beliau dikagumi,” ulas beliau yang merupakan penasihat kepada Konsert Antara Dunia itu.

Semua rakyat Malaysia dijemput beramai-ramai untuk menghadiri konsert yang julung-julung diadakan oleh gabungan mahasiswa yang selama ini dilihat sangat radikal dan kritisan terhadap soal-soal keadilan dan kebajikan rakyat.

Konsert Antara Dunia '09


Wakil Pengedar Tiket Terdekat:
Muhd (Utem) -0136241435

Liqa al-Amilin 3

Al-Maghazi = cerita- cerita lama,kisah-kisah

Didiklah anak kamu:
1- Cintakan Nabi
2- Cintakan ahli Bait
3- Tilawah Quran

Islam datang dengan maksud, bukan denganm bentuk. Kita hendaklah memahami, apa disebalik sesuatu perkara, ataupun, ambil falsafahnya, syariat yg dibawa

Peranan Hadis:
1-Penerang isi Quran-perjelas kan kandungan Quran seperti cara solat dan zakat
2-Pentakhsis kpd "umum" dlm quran contohnya ilmu faraid, iaitu pembahagian harta pusaka
3-Menambah hukum khas daripada Quran/kembangkan maksudnya

Kenapa Nabi wajib dicontohi?
1-Tarikhiyyah-boleh trace
2-Syumul-nabi berada dlm kitaran hidup manusia dan melalui apa yg dilalui oleh manusia biasa seperti berdarah,berduka,menangis
3-Basyariyyah- bersifat manusia
4-Kamal Mutlak-cukup sempurna,diiktiraf baik keperibadian baginda luar dan dalam oleh ahli keluarga,musuh,sahabat.

Liqa al-Amilin 2

Fiqh Sirah 1 : Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti

muharrik-penggerak
harakah-pergerakan

Menurut Assyahid Hassan Al-Banna, syarat utama menjadi daie adalah kefahaman teliti dalam soal agama, tidak cukup saja dengan tahu, kena faham.

Nabi selalu berdoa "Allahumma fakkihna fiddin"

fakih = fahim

Cari sumber asal yang sahih (kitab asal,bukan terjemahan)-ummahatul kutub

Cara sebar Islam:
1-Hikmah (pendekatan utk sasaran yg kurang ilmu)
2-Nasihat (Mau'idzoh)- untuk golongan yg ada ilmu, kena guna fakta
3-Mujadalah (debat)


Tidak mustahil generasi sekarang akan lebih faham dari para sahabat, tetapi tidak boleh lawan tingkatan iman mereka.

Fitrah dalam agama adalah :
1-sentiasa ditentang
2-menonjol maksudnya, lagi ditentang, lagi terserlah kebaikannya
3- seperti air mengalir, disekat bagaimanapun, akan melimpah jua kebaikannya

Hadis = lisan
Sunnah :
1- perbuatan
2- tutur kata
3- taqrir (ikrar)

Sunnah yang haram diikut (amalan khas utk nabi sahaja):
1- Siam Wisol-puasa berturutan selama 24 jam
2- Poligami lebih dari 4

Sunnah Tasyri`yyah bermaksud suatu sunnah yang dituntut dari sudut syara`.
Sunnah Jibiliyyah bermaksud sunnah yang disebabkan kecenderungan hati dan budaya Arab Nabi.

Setiap kali berdakwah, Nabi akan bagi hope/harapan untuk beramal.

Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari buku ‘IBNU ISHAK – Peranannya dalam penyebaran fahaman Syi’ah di kalangan ummah’ karangan Maulana Muhammad Asri Yusoff.

Silakan membaca diSINI untuk dipertimbangkan.

Sebagai kesimpulannya:
1- Jangan cakap atau quote dari Sirah Ibn Ishaq dan Ibn Hisyam
2- Nak tahu sesuatu hadis itu palsu atau tidak, bandingkan dengan hadis yg sahih

Tanzim Institusi Usrah MMU Melaka




Sedikit Penerangan berkaitan FYP

perkongsian oleh saudara Norhan

Pemilihan tajuk.

Cara pemilihan tajuk FYP blh dibahagikan kpd 2 bhgn, samada :

1. Propose Sendiri tajuk dkt lecturer
2. Ambil Tajuk yg lecturer release


Propose Sendiri Tajuk dkt lecturer

Bagi kes ini, tajuk utk FYP kita akan dipilih/dibuat/dicari oleh kita sendiri. Ia boleh berkaitan dgn ape2 shj, asalkan berkaitan dgn Engineering & Technology. Kebiasaannya, supervisor (lecturer yg in-charge utk menjaga student yg buat FYP bawahannya) akan suruh student yg hendak propose, membuat satu proposal kepada supervisor. Proposal yg dimaksudkan ialah :

1. Introduction - pengenalan kpd FYP anda
2. Background of ur project - kenapa come out dgn idea ini? apakah kelebihan? Jika idea yg diberi adalah berdasarkan kpd technology yg ada buat masa sekarang, apekah kelainan yg kita buat utk FYP ini? Dan macam2 lagi persoalan.
3. Literature Review - Mengkaji sesuatu permasalahan, dan dgn masalah2 yg timbul, kita buat FYP kita utk overcome masalah yg telah timbul itu. Sbg cnth, FYP aku pasal "Intelligent Wireless Muslim Prayer Clock System"

* .Current Masalah - Muslim's prayer changed based on Hijrah (moon movement). So the prayers time need to be adjusted when the time comes. So it quite tedious as usually we placed the clock at high places.
* How to Overcome? - we used wireless system to do the process of adjustment and built a server for easy monitoring of the prayers time.

Student perlu bijak mencari lecturer yg bersesuaian dgb tajuk yg utk di propose. Cth, kalau kita amik tajuk berkaitan Software (cthnya Assembly Language), so kita cari lecturer yg ajar Assembly Language (cthnya: Mr Khair Razlan, Mr Emerson, etc).

Ambil Tajuk yg lecturer release.

Bg kes ini pula, blh rujuk kat website FET (http://fet-training.mmu.edu.my/FYP/student/browse.php). Pilih "Project Status - Unassigned", "Sort by - Project ID", "Supervisor - Any" dan "Suitable Course - EE/TE/RE, etc - pilih mane2 yg sesuai". Bg suitable course, tidak semestinya plajar Robotic tak blh amik project Tele. Blh pilih mane2. Sbb FYP bukan based on what we do for the project, its actually what we INTEREST. Sbg cth, kawan aku, Azhan, dia budak Robotic. Tp FYP dia buat Server dan Website, which is an IT porject. Tp since dia interest ke arah tu, lecturer accept, and he do it very well!

Jenis2 FYP

Fyp blh dibahagikan kpd 3 kategori, iaitu:

1. Research Based
2. Software Part
3. Hardware Part

Research Based

Utk Research based, basically project yg dibuat adalah berdasarkan rujukan2 kpd Journal2 (blh didapati di Libr MMU, IEEE website, etc), buku2 teks, internet, dan sebagainya.

Kebiasaannya, bg project ini, tajuk yg dibuat adalah benda yg baru. Sesuatu idea yg baru, dan tidak semestinya blh tercapai. Sbg cth, tjuk ini - http://fet-training.mmu.edu.my/FYP/student/detail.php?projects_id=896

Title 896: Noise Charateristics of Semiconductor Laser Amplifiers

Objective To study the noise characteristics in semiconductor laser amplifier
Description Semiconductor laser amplifiers (SLAs) can directly amplifier optical signals without using complex and expensive electronics regeneration circuitry. The noise characteristics of a SLA are indispensable in estimating S/N performance of optical direct amplification transmission system. However, it seems to be quite different from those in a semiconductor laser oscillator because the amplifier operates at just below its oscillation threshold current, where noisy multi-longitudinal amplifies spontaneous emission contributes to total noise power. An additional reason for this difference is that the noise induced by the external input signal light seems to play an important role. In this project, noise power and its spectrum dependences on dc bias current, amplifies signal level and signal gain are studied theoretically.
So project ini berkaitan dgn Semiconductor Laser Amplifier (subject Optoelectronics & Electrical Communications, chapter 8). Objective dia : Study Noise characteristics. Di dalam description, lecturer ade beritahu kita kena wat research based on 1.Noise Power and its spectrum dependences on DC bias current, 2.Amplifies signal level and 3.Signal Gain. So kita kena carik all information regarding those three things di dalam text books, journal, website, etc. Kumpul2 maklumat, dan masukkan kedalam Report FYP.

Bg research based, ia amat sukar utk score, Kebarangkalian utk dapat B amat gi, dan B+ jika mencapai objective. unless student betul2 mendalami dgn project yg dibuat, dan menghantar Journal berkaitan FYP yg dibuat kepada website2 yg diiktiraf (slalunye dekat website IEEE). Dan setelah dihantar dkt IEEE, dan setelah di evaluate dan dapat good marks, insyaAllh boleh boost up grade kpd A-@A.

Software Based

Bg software based, kebiasaannya project diberi adalah berkaitan software. Cthnya, buat Graphical User Interface (GUI), atau website, atau juga Coding utk hardware. (samada C, atau Assembly Language, atau C++, etc) . Bg coding utk hardware, biasanya ini utk satu project, ttp 2 student yg buat. 1 student buat hardware utk project itu, 1 lagi student buat software utk project itu pula.

Software based adalah kategori yg mudah utk score, berbanding Research based, meskipun Research based blh dikatakan lebih mudah berbanding Software Based. Ini kerana, source utk Software Based Project mudah didapati. Dgn hanya google berkaitan coding/software yg hendak dibuat, kebarangkalian utk mndapat jawapan amat tinggi. Meskipon mudah score, namun grade yg tgi blh diberi sekitar B+. Utk mendapat A- atau A, pelajar harus participate in any competition, exhibition, etc.

Selain itu, software based juga mudah utk diubahsuai, walaupon kita hanya mempunyai masa yg suntuk. Ini kerana, software based hanya menggunakan coding. Meskipun dah dekat2 last minute, sekiranya kita hendak buat ubah suai terhadap project FYP kita, kita hanya perlu menambah sedikit coding shj.

Cth Porject di website : http://fet-training.mmu.edu.my/FYP/student/detail.php?projects_id=1193

Title 1193: Genetic Algorithm Adopting Viral Infection

Objective To solve the 0/1 knapsack problem by a Genetic Algorithm adopting viral infection.
Description The neo-Darwinism evolutionary theory presumes the survival of the fittest individuals in the population, and thus, the continued-existence of those individuals’ genetic material. In traditional genetic algorithm, the search of the optimal solution is conducted by crossover and mutation operators.

This project is to explore another genetic programming option, known as viral infection, which is to replace the mutation operation. The developed algorithm will be used to solve the 0/1 knapsack problem.
Remarks The student should achieve at least B+ in programming-related subjects.
Proficiency in C/Matlab programming would be advantageous.
Spt yg dilihat, pelajar yg hendak amik project ini kena dapat at least B+ utk subject programing, da n mahir dalam C/Matlab. So, student kena study awal, buat research, seblom berjumpa dgn lecturer ini utk mengambil tajuk ini.Mungkin lecturer akan mengadakan sessi Q&A dgn student, utk menguji sejauh mane student ini faham dgn tajuk ini.

Hardware Part

Hardware part merupakan yg plg susah antara ke tiga2 kategori. Ini kerana student perlu mahir dgn tools, electronics components, know how to read the Datasheets of the components, able to build all the components , pateri, troubleshooting, etc. Sangat leceh. Unless kalau Zul minat, blh shj ambil. =D

namun begitu, score yg diberi utk hardware part sgt2 tinggi (sebab sgt susah utk dibuat). Jika kita dapat present kita punya hardware, walaupon takjadi, insyaAllah dapat B. Jika hardware kita jadi sikit2, tak fully functions as what needs for the FYP, blh dapat B+, insyaAllah. Dan jika hardware kita jadi spt yg dinyatakan dalam Objective, insyaAllah blh dapat A-, tanpa perlu masuk ape2 competition@exhibition!

Proses membuat Hardware memakan masa yg agak lama. 1st, kena research berkaitan dgn hardware yg diperlukan. 2nd - kena obtain hardware2 yg diperluakn.
3rd- pasang sumer2 component. 4th - testing the hardware. Slalunye, first time pasang takkan menjadi . So kena pandai2 troubleshoot, cari dimana punca masalah, dan cuba selesaikan.

Jika kita buat Tajuk FYP itu sorang bg hardware part, kemungkinan besar kita kena buat software part juga. Cth macam FYP aku, "intelligent Wireless Muslim Prayer Clock System". Hardware dia aku buat Prayer Clock itu, dan software nye ialah Coding yg aku install dalam Microprocessor, to make the prayer clock functioning as it is. So agak susah, dan berat.

Cth tajuk Hardware Part dkt FET website : http://fet-training.mmu.edu.my/FYP/student/detail.php?projects_id=1533

Title 1533: PIC Electric Meter

Objective
Description Now you can monitor the running costs of your mains electrical appliances with the latest idea of PICmicro-based electricity meter. Suitable for both 230V and 110V appliances, this dual-channel device (2nd channel optional) circuit has an LCD display showing real time values of voltage, load current, power consumption (6kW maximum), cumulative running costs and more besides. A data logging facility may also be incorporated.

So basically tajuk ni knea buat Electic Meter. Input voltage yg tgi (230 V dan 110 V, means dia boleh masuk 2 High Input Voltages), ade LCD display, dan components2 needed.

As aku cakap tadi, tajuk Hardware Part slalunya automatically involve with Software Part. Cthnya macam tajuk diatas. Harware dia ialah Electric Meter. Software Part dia ialah make a coding to calculate the Power, Voltage, Load Current etc, and the Coding on how to display it on the LCD display.


Penutup

walau ape pon tajuk yg kita ambil, pastikan FYP yg kita buat MENCAPAI OBJECTIVE. itu penting!!! Sangat2 Penting!!. FYP bukan utk menilai Project student itu siap atau tidak, tetapi adakah project itu mencapai objective itu atau tidak. Dan FYP juga menilai bagaimana usaha student itu utk mencapai objective sesuatu FYP.

Fahamkan betul2 objective of the FYP, dan start merancang bagaimana nak mencapai Objective FYP itu.

Juga kena pandai pilih Supervisor, krn supervisor yg paling byk memberi permarkahan. (Supervisor : 75%, Moderator : 25% - tidak beberapa pasti, tp lebih kurang mcm ini).So kita kena selalu jumpa Supervisor, consult with him/her jika terdapat sebarang masalah, berkongsi idea jika kita ingin menambah sesuatu kpd project kita.

Sesetengah Supervisor hanya sekadar merelease tajuk, tanpa mengetahui scope FYP itu sendiri. So, kena berhati2 dalam memilih Supervisor. Pastikan Supervisor itu benar2 mahir dgn tajuk yg telah dia release, agar senang, jika ada masalah, Supervisor boleh bantu kerana Superviosr itu benar2 mahir dengan FYP yg dia release.

Good relationships are key to business success. Here are some tips on strengthening your relationships:

* Don't criticize, condemn, or complain
* Give honest, sincere appreciation
* Become genuinely interested in other people
* Smile
* Be a good listener
* Encourage others to talk about themselves
* Make the other person understand that you consider them important

Dalam perniagaan, ada kalanya kita perlu melakukan presentation.
Tak kira, presentation proposal, atau melakukan sedikit "talk" atau
ceramah, mendapatkan sponsor, atau apa sahaja. Skil presentation
adalah penting dalam perniagaan.

Lihat sahaja Donald Trump, Bill Gates, Anita Roddick, Steve Jobs,
Oprah Winfrey... semua ikon perniagaan yang turut hebat dalam skill
komunikasi & presentation... mungkin juga sebaliknya, mereka hebat
dalam skil presentation dan akibatnya perniagaan menjadi hebat.

Skil komunikasi/presentation adalah penting dalam mengembangkan
lagi perniagaan kita. Berikut adalah beberapa tips:

***Start with a BANG!

Mula dengan sesuatu yang mengejutkan... atau membuat pendengar anda
teruja. tak semestinya mula dengan lawak. Sekiranya anda bukan
jenis yang suka melawak, tak perlu pun takpe. Tetapi, mulakan
sesuatu yang boleh menarik perhatian pendengar anda. Sekiranya anda
membuat presentation untuk mendapatkan derma bagi mereka yang
kurang bernasib baik, apa kata mulakan dengan slides gambar-gambar
orang2 yang kurang bernasib baik dalam keadaan yang menyedihkan.

Kemudian tanya... "Bayangkan ibu bapa dan adik beradik anda dalam
keadaan ini...". Pastinya dapat menangkap perhatian audience pada
minit yang pertama.

***Keep it short

Ini kesilapan yang selalu saya lihat bagi mereka yang masih lagi
baru dalam bidang membuat presentation. Terlalu banyak yang ingin
disampaikan. Contoh, masa yang diberikan 10 minit, dalam masa itu,
20 point ingin disampaikan. Ataupun, sering kali juga, membuat
presentation dan memakan masa yang lama. Saya pasti anda sendiri
pernah mengalami ini, duduk di dewan dan mendengar presentation
yang lama (dan agak membosankan) kerana speaker tersebut hendak
menyampaikan seluruh mesej!

Keep it short. Bagi anda yang pernah melihat saya melakukan talk
pendek atau jadi tetamu jemputan membuat talk, pastinya perasan
sering kali saya hanya cakap untuk 10-15 minit sahaja. Ada kalanya
saya bercakap 5 minit sahaja dan hanya menyampaikan 2-3 point
penting. Make your audience want more... dari pada mengharapkan anda
cepat habis bercakap! Keeping it short bererti anda tidak
menyampaikan terlalu banyak point serta tidak memakan masa yang lama.

***Relate with them

Manusia mempunyai tarikan emosi. Manusia akan tertarik dengan
manusia yang "lebih kurang" sepertinya. Tentukan audience anda dan
cuba dapatkan sesuatu yang boleh anda kaitkan dengan audien.
Contoh, sekiranya anda bercakap dihadapan golongan koporat,
pastikan pakaian anda juga seperti koprat dan beri contoh
pengalaman berkaitan dengan industri koprat. Sekiranya anda
bercakap dengan golongan suri rumah, masukkan elemen-elemen menjaga
anak dan mengendalikan rumah dalam talk anda.

Dengan mempunyai persamaan dengan mereka yang anda bercakap,
hubungan antara anda dan audience menjadi semakin rapat dan mereka
dapat menerima anda dengan lebih mudah.

Leaders are expected to own higher levels of confidence than those who are not in positions of leadership. Here are some tips on how to build self-confidence so as to attain better leadership opportunities:

* Surround yourself with a supportive environment
* Be resolved to succeed
* Be receptive to constructive criticism
* Set attainable goals

kepada mereka yang gagal...

Majoriti daripada kita pernah mengalami kegagalan. Lebih daripada
90% antara kita pernah mengalami kegagalan in one way or another.
Apa yang membezakan mereka yang gagal & mereka yang berjaya
disimpulkan oleh Mentor Jutawan, "Guru kegagalan", Billi Lim...

Billi, boleh jelaskan how to use failure as a stepping stone
towards success?


Billi Lim: Pada saya 'When you lose, don't lose the lesson'.
Maksudnya bila anda gagal, jangan lupakan pelajarannya. Setiap yang
kita buat adalah pelajaran. Mungkin bukan hasil apa yang kita nak,
tapi apa sahaja yang terjadi, anda akan belajar dari kesilapan dan
tugas anda adalah tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Sebagai contoh, dalam satu temuduga dengan Bill Gates 'What type of
people you would like to employ?. Bill Gates jawab 'I would employ
a person, who have failed before, the reason I want to employ is
because I don't want him to fail in my company, so he must fail in
other people's first!

Boleh katakan sekiranya seseorang itu diberi peluang ke dua,
kesetiaan dan tenaga akan bertambah. Memang betul, daripada
pengalaman saya, sesiapa yang pernah gagal, akan menjadi lebih baik
kemudian. Tiada sebarang inovasi akan terjadi sekiranya seseorang
itu takut gagal!


25 pesanan Lukmanul Hakim kepada anaknya

1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini
bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam
ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan
karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama
TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL
kepada ALLAH.

2. Hai anakku; orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya
untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat
penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar
setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa
menerima kemulian dari ALLAH juga.

3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan
rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,
maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat
kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat
kepada ALLAH.

4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu
kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya
ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu
hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang
sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai
ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar
takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari
sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang
air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang
yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,
memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih
mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa
beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat
berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,
adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang
jahat.

9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang
yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang
yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak
menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah
dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal
sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat
yang berbahaya.

11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,
takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,
pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu
kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang
berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu
kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu
diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan
sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana
manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang
orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan
para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari
mereka.

15. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya
bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau
tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah
banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih
mahu menambahkannya.

16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan
sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura
pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu
dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah
engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak
demikian, maka berhati hatilah.

17. Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu
serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan
disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap
orang lain yang pernah memberikan barang yang
berharga.

18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah
dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan
sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku
sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau
mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat
riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada
urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia
saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk
dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih
hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta
kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam
diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau
bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah
engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah
engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia siakan hartamu.

23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan
disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada
berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak
dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan
menyesal.

24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang
alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya
kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan
nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah
dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur
lalu disirami air hujan.

25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar
keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya
untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia
ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau
makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah
engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam
dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Pesan org tua2

Pesan nenekku :


Sesusah-susah orang sekarang, sesenang-senang orang dahulu


So,bersyukurlah dgn apa yg kita ada hari ni,makan sehari sekali pon kita dh merungut, bayangkan zaman nenek kita dahulu, fuhh, anak dh la ramai, bila melantak, x tersisa pon utk mak. Tu baru makan ubi kayu rebus.

Ayah juga bercerita :

Kita, kalau susah, miskin, orang akan pandang hina,
x mencuri pon dituduh mencuri.
So, ayah pesan pd anak2nya, ayah x mau kamu susah. Kna pelbagaikan ikhtiar hidup ataupun skill to survive. Kalau zaman mereka dahulu, macam2 kerja dibuat.Sebab tu, walaupon anak ramai, xde education pon boleh survive.javascript:void(0)

Jadi,kna pulun lah....semangat, rajin......sampai berjaya...

Update semasa ttg ESQ


Don’t switch on air condition once you start your car’s engine.


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, air freshener was produced Benzene, toxic which may caused cancer (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Continuous exposure may caused Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.



Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

Hidayah Centre dengan besar hati menjemput semua menghadiri Karnival Harmoni 2009 yang julung2 kali diadakan.Ajaklah rakan sepejabat muslim dan non muslim untuk turut serta. Tak kenal maka tak cinta....so please come!

Antara objektif Karnival Harmoni yang ingin dicapai:

1. Memperkenalkan Islam kepada masyarakat Malaysia
2. Menyebarluaskan dakwah secara meriah, kreatif, interaktif dan santai dan pelbagai kepada segenap lapisan masyarakat.
3. Meraikan NGO-NGO dakwah dan juga Saudara Baru
4. Menjadi medan utama perkongsian dakwah dalam masyarakat majmuk

Tarikh : 22 – 24 MEI 2009 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) 10 pagi -10 malam

Tempat : Summit USJ

Anjuran : Hidayah Centre, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Dengan Kerjasama: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN)

Aktiviti Menarik:

1. Pameran dari pelbagai persatuan/pertubuha n
2. Jualan (Buku, pakaian, makanan, produk2 halal)
3. Forum – Spritual Solution to Economics Problems (melibatkan 4 panelis daripada berlainan agama)
4. Pertandingan Melukis Kanak-kanak
5. Tayangan Multimedia & Cabutan Bertuah
6. Tarian Singa dan Kompang – Semasa Perasmian
7. Malam Karnival Harmoni 2009 (Nasyid, Seni mempertahankan diri Silambam, Gendang India, Sajak, Tarian Kompang
8. Slot ringkas ceramah

* Talk 1 (Footsteps in the light)

* Talk 2 (Promises of God)

* Talk3 (Mercy like the rain)

Sahabat2 semua boleh menghubungi Joanes Lukas di ibu pejabat 03-4108996 atau 013-3040834 atau melayari laman sesawang ini untuk maklumat lanjut: www.hidayahcentre. wordpress. com


Rosmawati Zainal
Naib Pengerusi Hidayah Centre
http://ummiroses.blogspot.com


“Life truly is a boomerang. What you give, you get.”
Dale Carnegie


Leadership is the creation of environments that influence others to achieve group goals. People support a world they help create. To develop the leader in you, try the following guidelines:

* Develop personal leadership
* Communicate to lead
* Recognize human potential
* Build cooperation
* Make decisions
* Manage conflict and change

Bersangka Baik denganNya



Kadangkala kita diuji dengan cobaan dan dugaan. Kita selalu marah dan tak suka , tanpa memikir, apa hikmah disebalik dugaan itu. Allah tahu yang terbaik buat kita.Kadangkala kita sangat jauh denganNya,lalu ditimpakan ujian agar kita kembali dekat padaNya.

Mari kita kembali kepadanya.Serulah namaNya.

Ya Allah ! Berilah segala yang terbaik buat kami. Amiin.

Mutiara kata:

" Dalam kita melangkah, terkadang diuji dgn ujian yg terasa berat hingga kita terduduk & menangis. Peritnya terasa.. Tapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yg kian terkoyak lantaran ada langkah2 yg tersasar dari keikhlasan. Semoga kita tabah & ditetapkan iman..."

Hudud: Pandangan Dr DZulkifli Ahmad

Memahami konsep Fiqh Keutamaan dan Fiqh Pertimbangan dalam meletakkan sesuatu perkara.

Warkah dari seorang pendidik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Ape kaba adik2 yg dikasihi fillah?
Akak doakan semoga di ketika sedang sebok study untuk final ini adik2 semua berada dalam keadaan sihat sejahtera rohani dan jasmani dan sentiasa mendapat rahmatNya insyaAllah. Sebelum dipanjangkan lagi isi penulisan ini, akak ingin mengajak adik2 sekalian untuk sama2 kita bersyukur semoga semakin bertambah rahmat dan nikmat Allah kepada kita... lebih2 lagi di waktu menjelangnya final exam ini. Dan semoga buah dari hasil `bersengkang mata' study adik2 menepati apa yang Allah inginkan. Akak sentiasa doakan semoga study adik2 menjadikan adik2 lebih dekat denganNya, lebih mengenaliNya.

Adik2 yg menjadi harapan Islam, dunia dan seisinya,

Berusahalah bersungguh-sungguh, benamkan akar keyakinan yang mendalam terhadap Allah dalam diri adik2, perbaikilah amalan dan sentiasalah berdoa kepadaNya, semoga pertolongan Allah bertambah hampir dengan kalian di waktu2 begini.

"...dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya." (Al-A'raf: 56)

Ingatlah adik2 yang dikasihi, sebelum kita menyeru Allah..dalam doa kita, dalam solat kita, Allah telah lama memerhatikan kita dengan penuh kasih sayang...menunggu2 kita mendekatiNya. Justeru marilah sama2 kita mendekatiNya dengan lebih murni lagi...memohon kepadaNya sahaja.

Akhir kalam, ingatkah adik2 pada kalimat yang sentiasa adik2 baca saban waktu yang terjemahannya seperti di bawah:

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia , Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa'at (pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah menghendaki (memberitahu kepadanya)........"

(Ayat Kursi, Al-Baqarah: 255)

Jadi adik2, marilah sama2 kita berdoalah kepada Allah semoga adik2 dan juga akak menjadi insan pilihan yang Allah berikan ilmuNya...bukan sahaja untuk mudah menjawab exam tetapi menjadi seorang pelajar yang menguasai ilmu yang dipelajarinya, ..menguasai dengan sebenar2nya sehingga dapat dipraktikkan dalam kehidupan dan dapat mengaitkannya balik dengan Allah swt. Berdoalah juga dengan penuh takut dan harap semoga Allah mengurniakan ilmuNya kepada kita untuk mengharungi exam yang lebih besar bila bertemu denganNya nanti.

All the Best for your finals.

Doa akak, semoga kita semua termasuk dalam golongan "Ulul albab" (orang2 yang berakal... refer Quran)

....Ameen ya Robbal 'Alamin.

Salam ukhuwwah fillah.
w/s.
kNiza.

"Tarbiyah Fi Aidikum Fi Aidikum Faqad".
~Tarbiyah di Tangan Kamu dan HANYA di Tangan Kamu.

Majlis Bacaan Yaasin


Assalamu'alaikum.

Salam ukhuwwah penuh mesra diucapkan kepada semua.

Memandangkan peperiksaan akhir yang semakin hampir, insyaAllah

• Institusi Usrah (IU) Melaka
• Majlis Perwakilan Pelajar(SRC)
• Sekretariat Rakan Muda (SRM)
• Jawatankuasa Kolej Pelajar (SCC)
• Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia
• Persatuan Silat Cekak Hanafi
• University Peer Group (UPG)
• Persatuan Bahasa Melayu & Kebudayaan Melayu (PBMKM)


akan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin. Majlis ini adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. agar kita semua dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik untuk menduduki peperiksaan di samping usaha kita mentelaah buku-buku pelajaran. Mudah-mudahan kita memperoleh keputusan cemerlang yang diberkati olehNya.

Majlis ini juga adalah untuk mendoakan ahli keluarga kita, Zulhelmi bin Mohd Nasir yang baru-baru ini telah ditimpa musibah. Mudah-mudahan, dengan keberkatan majlis ini, Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada beliau sekeluarga.

Butiran mengenai majlis ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 14 Mei 2009 bersamaan 19 Jamadil Awal 1430H (Khamis)
Masa: 8 Malam
Tempat: Masjid Al-Irshad


Diharapkan sahabat-sahabat semua sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis ini. InsyaAllah bermanfaat buat kita semua. Dapatlah juga kita mengeratkan silaturahim dan bermaafan sesama kita.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Maksud surah Al-Baqarah, ayat 186)

Wallahu'alam.

TARIKH:
20 REJAB 1430H BERSAMAAN 13 JULAI 2009

MASA:
8.00 PAGI – 5.00 PETANG

TEMPAT:
HOTEL GRAND RIVERVIEW, KOTA BHARU, KELANTAN.

ANJURAN BERSAMA:
JABATAN AL-SYARIAH
KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

&

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM KELANTAN (JAHEAIK)

TEMA:
KE ARAH NEGARA SEJAHTERA LAGI BERKAT

BARISAN PEMBENTANG KERTAS KERJA:

1. DR. ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN
PENSYARAH
JABATAN AL-SYARIAH
KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

2. PROF. MADYA DATO` DR. HAILANI MUJI TAHIR
PENSYARAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

3. PROF. MADYA DR. SHUKERI MOHAMAD
PENSYARAH
AKADEMIK PENGAJIAN ISLAM NILAM PURI
UNIVERSITI MALAYA (UM)

4. PROF. DR. ABDUL AZIZ BARI
PENSYARAH KULIAH UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

5. YB DATO` MOHD. AMAR BIN ABDULLAH
PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN ISLAM, PENDIDIKAN & DAKWAH
NEGERI KELANTAN


MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

UST HAMIDI ABD GHANI
019-9438165/ 09-7126161
USTZH NURUL AKMA BT MOHAMED
013-9968751
HJ MOHD NOR ANUAR (PENGINAPAN)
016-5490150

ڤڽاكيت هاتي


“واهاي اورڠ-اورڠ يڠ برايمان، جاوهيله كبڽقان درڤد سڠكأن ﴿سوڤاي كامو تيدق مڽاڠك سڠكأن يڠ دلارڠ﴾ كران سسوڠڬوهڽ سباهاڬين درڤد سڠكأن ايت بردوسا، دان جاڠنله كامو مڠينتيڤ، منچاري-چاري كسالهن دان كعاءيبن اورڠ، دان جاڠنله سستڠه كامو مڠومڤت سستڠهڽ يڠ لاين. اڤاكه سساورڠ درڤد كامو سوك مماكن داڬيڠ ساوداراڽ يڠ تله ماتي؟ ﴿جك دمكين كادأن مڠومڤت﴾ مك سوده تنتو كامو جيجيق كڤداڽ. ﴿اوليه ايت، ڤاتوهيله لارڠن-لارڠن ترسبوت﴾ دان برتقوىله كامو كڤد الله، سسوڠڬوهڽ الله ڤنريما توبة لاڬي مها مڠاسيهاني.” ﴿ال هوجورت ايات 12﴾


برڤندوكن ايات د اتس، جلس كڤد كيت د دالم ديري مأنسي ترداڤت 3 جنيس ڤڽاكيت هاتي يڠ سوكر داوباتي.

ڤڽاكيت هاتي اينله يڠ ممباوا كڤد كموسنهن اخوه انتارا كيت د دالم كهيدوڤن برمشاركت. مالهن ڤڽاكيت هاتي اين جوڬ اكن ممباوا كڤد ڤربالهن دان ڤرڤچاهن كڤد كيت سموا سأندايڽ كيت تيدق منجاوهيڽ.

ڤرتام، ذن يڠ برارتي سڠك اتاو ڤراسڠك. والاوڤون الله تيدق ملارڠ تروس طبيعة اين، نامون برداسركن كسنڽ يڠ بوروق، الله مڠهندقي كيت منجاوهيڽ. سڠكأن يڠ دلارڠ ايت اياله سڠكأن يڠ ممبهاياكن سرتا مڽوسهكن، سام اد ترهادڤ ديري سنديري اتاو اورڠ لاين.

كدوا اياله عمالن سوك مڠينتيڤ دان منچاري-چاري كسالهن اورڠ لاين. ڤربواتن سڤرتي اين بوليه موجودكن ڤرموسوهن. باڬايمانا ڤراسان كيت اڤابيلا اد اورڠ يڠ سوك مڠينتيڤ ڤرڬرقن دان منچاري كسالهن كيت؟؟؟ ادكه كيت اكن برديام بڬيتو سهاج تنڤا برتيندق بالس؟ سلاڬي مأنسي مميليقي نفسو، صفة ايڠين برتيندق بالس ڤستي وجود دمي ممڤرتاهنكن چريتا تنتڠ ديري كيت دكتاهوي اورڠ لاين والاوڤون بنر.

ڤربواتن سوك منچاري كسالهن اورڠ لاين سمات-مات اونتوق منددهكنڽ كڤد اورڠ لاين، اداله ڤربواتن يڠ امت ترچلا دان دلارڠ كراس اوليه اسلام. تتاڤي جك ڤربواتن اين برتوجوان اونتوق منداڤتكن بوقتي اونتوق ددعوا د محكمه دان سأومڤاماڽ، مك ڤربواتن اين تيدق دلارڠ ماله دهاروسكن.

اسلام لبيه سوك كالاو كيت ميرهسياكن كبوروكن دان كعاءيبن سساورڠ. ڤربواتن سڤرتي اين اداله عمالن ڤارا رسول، دان رسول الله ساو سنديري ڤرنه ممبري جامينن بهاوا سسياڤا يڠ منوتوڤ كعاءيبن دان كسالهن اورڠ لاين اكن دبري ڬنجرن دڠن ترڤليهارا كعاءيبنڽ ڤد هاري اخيرة. حال اين جلس دالم سبدا رسول الله ساو يڠ دروايتكن اوليه احمد يڠ برمقصود :

“سسياڤا يڠ منوتوڤي ﴿كبوروكن-كعاءيبن﴾ ساوداراڽ سسام اسلام، دان تيدق دددهكنڽ ﴿كڤد اورڠ لاين﴾ نسچاي الله اكن منوتوڤي كعاءيبنڽ ڤد هاري اخيرة.”

كتيڬ اياله ڤڽاكيت مڠومڤت دان كات-مڠات. ڤربواتن اين جوڬ مروڤاكن ڤڽاكيت مشاركت يڠ امت بربهاي. سكيراڽ ڤربواتن اين سوده منجادي عمالن دان طبيعة سساورڠ، مشاركت اكن منجادي ڤورق ڤراندا دان برڤچه بله. اينله يڠ دأڠڬڤ ڤونچا ڤرڤچاهن دان ڤرموسوهن.

ڤربواتن مڽبوت، منچريتاكن دان منددهكن كبوروكن، كعاءيبن، كچاچتن، ككوراڠن، كڤينچڠن سساورڠ كڤد اورڠ لاين ديناماكن مڠومڤت. جك اورڠ يڠ ديومڤت ايت تيدق مڠتاهويڽ، مك اي كن ممڤروليهي ڤاهلا درڤد اومڤتن ايت، مانكالا يڠ مڠومڤت اكن بروليه دوسا. سباليقڽ جك اورڠ يڠ ديومڤت ايت مڠتاهوي، تنتو اكن برلاكوله ڤرموسوهن دان ڤرسڠكطاعن.

سچارا سڤينتس لالو، كتيڬ-تيڬ ڤڽاكيت اين كليهاتن همڤير سروڤا، ايايت سڠك بوروق، سوك منچاري كسالهن اورڠ لاين دان كات مڠات. كتيڬ-تيڬ جنيس ڤڽاكيت اين تربيت درڤد هاتي يڠ تله دروسقكن اوليه نفسو يڠ دكواساا اوليه شيطان دان ابليس. ڤڽاكيت-ڤڽاكيت سڤرتي اين تيدق برلاكو ملاءينكن كران ايري هاتي، بوسوق هاتي دان ساكيت هاتي.

كيت موڠكين ممڤو هيدوڤ سنديرين تتاڤي كيت ڤستي تيدق ممڤو هيدوڤ تنڤا تمن. برسام سامله كيت منجاڬ هاتي كيت درڤد تروس دجڠكيتي ڤڽاكيت-ڤڽاكيت هاتي اين.

بينله كهيدوڤن برمشاركت يڠ ساليڠ ممهمي سرتا منجاڬ كباجيكن د انتارا ساتو سام لاين. جاڠن بياركن اخوه كهيدوڤن كيت دهنچوركن هاڽ كران ڤڽاكيت-ڤڽاكيت هاتي يڠ تنڤا كيت سدري تله برسارڠ د دالم ديري كيت

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (Al Hujurat ayat 12)

Berpandukan ayat di atas, jelas kepada kita di dalam diri manusia terdapat 3 jenis penyakit hati yang sukar diubati.

Penyakit hati inilah yang membawa kepada kemusnahan ukhwah antara kita di dalam kehidupan bermasyarakat. Malahan penyakit hati ini juga akan membawa kepada perbalahan dan perpecahan kepada kita semua seandainya kita tidak menjauhinya.

Pertama, dzon yang bererti sangka atau prasangka. Walaupun Allah tidak melarang terus tabiat ini, namun berdasarkan kesannya yang buruk, Allah menghendaki kita menjauhinya. Sangkaan yang dilarang itu ialah sangkaan yang membahayakan serta menyusahkan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain.

Kedua ialah amalan suka mengintip dan mencari-cari kesalahan orang lain. Perbuatan seperti ini boleh mewujudkan permusuhan. Bagaimana perasaan kita apabila ada orang yang suka mengintip pergerakan dan mencari kesalahan kita??? Adakah kita akan berdiam begitu sahaja tanpa bertindak balas? Selagi manusia memiliki nafsu, sifat ingin bertindak balas pasti wujud demi mempertahankan cerita tentang diri kita diketahui orang lain walaupun benar.

Perbuatan suka mencari kesalahan orang lain semata-mata untuk mendedahkannya kepada orang lain, adalah perbuatan yang amat tercela dan dilarang keras oleh Islam. Tetapi jika perbuatan ini bertujuan untuk mendapatkan bukti untuk didakwa di mahkamah dan seumpamanya, maka perbuatan ini tidak dilarang malah diharuskan.

Islam lebih suka kalau kita merahsiakan keburukan dan keaiban seseorang. Perbuatan seperti ini adalah amalan para Rasul, dan Rasullullah SAW sendiri pernah memberi jaminan bahawa sesiapa yang menutup keaiban dan kesalahan orang lain akan diberi ganjaran dengan terpelihara keaibannya pada hari akhirat. Hal ini jelas dalam sabda Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Sesiapa yang menutupi (keburukan-keaiban) saudaranya sesama Islam, dan tidak didedahkannya (kepada orang lain) nescaya Allah akan menutupi keaibannya pada hari akhirat.”

Ketiga ialah penyakit mengumpat dan kata-mengata. Perbuatan ini juga merupakan penyakit masyarakat yang amat berbahaya. Sekiranya perbuatan ini sudah menjadi amalan dan tabiat seseorang, masyarakat akan menjadi porak peranda dan berpecah belah. Inilah yang dianggap punca perpecahan dan permusuhan.

Perbuatan menyebut, menceritakan dan mendedahkan keburukan, keaiban, kecacatan, kekurangan, kepincangan seseorang kepada orang lain dinamakan mengumpat. Jika orang yang diumpat itu tidak mengetahuinya, maka ia kan memperolehi pahala daripada umpatan itu, manakala yang mengumpat akan beroleh dosa. Sebaliknya jika orang yang diumpat itu mengetahui, tentu akan berlakulah permusuhan dan persengketaan.

Secara sepintas lalu, ketiga-tiga penyakit ini kelihatan hampir serupa, iaitu sangka buruk, suka mencari kesalahan orang lain dan kata mengata. Ketiga-tiga jenis penyakit ini terbit daripada hati yang telah dirosakkan oleh nafsu yang dikuasai oleh syaitan dan iblis. Penyakit-penyakit seperti ini tidak berlaku melainkan kerana iri hati, busuk hati dan sakit hati.

Kita mungkin mampu hidup sendirian tetapi kita pasti tidak mampu hidup tanpa teman. Bersama samalah kita menjaga hati kita daripada terus dijangkiti penyakit-penyakit hati ini.

Binalah kehidupan bermasyarakat yang saling memahami serta menjaga kebajikan di antara satu sama lain. Jangan biarkan ukhwah kehidupan kita dihancurkan hanya kerana penyakit-penyakit hati yang tanpa kita sedari telah bersarang di dalam diri kita

alfiqrah.com

Jom Dinner@Shimah Catering


Assalamualaikum,

InsyaAllah, jika diizinkan Allah swt, makcik Shima akan buka kedai pada waktu malam pd sem depan. Jadi, marilah kita meramaikan kedai makcik shima.

Antara menu yang akan disediakan adalah nasi goreng, asam pedas dan lain-lain lagi.
Jika ada sebarang cadangan menu, bolehlah komen disini, akan disampaikan pd ceo shimah catering.

~ makan untuk hidup ~

Kata-Kata Pak Supir di Aceh

Saya cukup teringat-ingat kata pemandu bas ketika di Acheh dulu, Kata- kata yang menjadi prinsip hidupnya. Dia dahulu adalah seorang pengedar dadah, anggota GAM , kaki pukul dan terlibat dangan gejala-gejala lain lagi.


"Lebih Baik menjadi bekas orang jahat daripada menjadi bekas orang baik."

Simple, tapi besar pengertiannya.
Hidayah milik Allah, sesiapa saja bisa berubah.

Marilah kita berdoa agar tidak dibolak-balikkan hati dan iman kita.Semoga Allah tetapkan kita pd jalanNya.

"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku di dalam agamaMu dan mentaatiMu"

Ulasan, Komentar & Cadangan Berkenaan Kursus Latihan ESQ 165


Dicatat dari hasil pengalaman :

Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Peue Aceh 2007

Enam Perosak Ukhuwwah

Oleh: Drs. Ahmad Yani

Pada masyarakat Islam, persatuan dan kesatuan atau lebih sering disebut dengan ukhuwah Islamiyah merupakan sesuatu yang sangat penting dan mendasar, apalagi hal ini merupakan salah satu ukuran keimanan yang sejati. Kerana itu, ketika Nabi Saw berhijrah ke Madinah, yang pertama dilakukannya adalah Al-Muakhah, yakni mempersaudarakan sahabat dari Makkah atau muhajirin dengan sahabat yang berada di Madinah atau kaum Ansar. Ini bererti, ketika seseorang atau suatu masyarakat beriman, maka seharusnya ukhuwah Islamiyah yang didasari oleh iman menjelma dalam kehidupan sehari-hari, Allah swt. berfirman,
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (١٠)
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..” [QS Al-Hujurat (49):10]
Satu hal yang harus diingat bahawa, ketika ukhuwah islamiyah hendak diperkukuh atau malah sudah kukuh, ada saja upaya orang-orang yang tidak suka terhadap persaudaraan kaum muslimin, mereka berusaha untuk merosak hubungan di antara sesama kaum muslimin dengan menyebarkan fitnah dan berbagai berita bohong. Dalam kehidupan umat Islam, kita akui bahawa ukhuwah Islamiyah belum wujud secara ideal, namun musuh-musuh umat ini tidak suka bila ukhuwah itu wujud, mereka terus berusaha menghambatnya. Kerana itu, setiap kali ada berita buruk, kita tidak boleh terus mempercayainya, tapi lakukan tabayyun atau selidik dan kaji terlebih dahulu kebenaran berita itu. Allah swt. berfirman,
“Hai orang-orang yang beriman, apabila datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya sehingga kamu akan menyesal atas perbuatanmu itu.” [QS Al-Hujurat (49): 6]
Asbabun nuzul (sebab turunnya ayat) tersebut di atas adalah, suatu ketika Al-Harits datang menghadap Nabi Muhammad saw., beliau mengajaknya masuk Islam, bahkan sesudah masuk Islam ia menyatakan kemahuan dan kesanggupannya untuk membayar zakat. Kepada Rasulullah, Al-Harits menyatakan, “Saya akan pulang ke kampung saya untuk mengajak orang untuk masuk Islam dan membayar zakat dan bila sudah sampai waktunya, kirimkanlah utusan untuk mengambilnya.” Namun ketika zakat sudah banyak dikumpulkan dan sudah tiba waktu yang disepakati oleh Rasul, ternyata utusan beliau belum juga datang. Maka Al-Harits beserta rombongan berangkat untuk menyerahkan zakat itu kepada Nabi.
Sementara itu, Rasulullah saw. mengutus Al-Walid bin Uqbah untuk mengambil zakat, namun di tengah perjalanan hati Al-Walid merasa gentar dan menyampaikan laporan yang tidak benar, yakni Al-Harits tidak mahu menyerahkan dana zakat, bahkan ia akan dibunuhnya. Rasulullah tidak langsung begitu saja percaya, beliau pun mengutus lagi beberapa sahabat yang lain untuk menemui Al-Harits. Ketika utusan itu bertemu dengan Al-Harits, ia berkata, “Kami diutus kepadamu.” Al-Harits bertanya, “Mengapa?” Para sahabat menjawab, “Sesungguhnya Rasulullah telah mengutus Al-Walid bin Uqbah, ia mengatakan bahwa engkau tidak mahu menyerahkan zakat bahkan mahu membunuhnya.”
Al-Harits menjawab, “Demi Allah yang telah mengutus Muhammad dengan sebenar-benarnya, aku tidak melihatnya dan tidak ada yang datang kepadaku.” Maka ketika mereka sampai kepada Nabi saw., beliau pun bertanya, “Apakah benar engkau menahan zakat dan hendak membunuh utusanku?” “Demi Allah yang telah mengutusmu dengan sebenar-benarnya, aku tidak berbuat demikian.” Maka turunlah ayat itu.
Surat Al Hujurat ayat 6 di atas menggunakan kata naba’ bukan khabar. M. Quraish Shihab dalam bukunya Secercah Cahaya Ilahi halaman 262 membezakan makna dua kata itu. “Kata naba’ menunjukkan berita penting, sedangkan khabar menunjukkan berita secara umum. Al-Qur’an memberi petunjuk bahwa berita yang perlu diperhatikan dan diselidiki adalah berita yang sifatnya penting. Adapun isu-isu ringan, omong kosong, dan berita yang tidak bermanfaat tidak perlu diselidiki, bahkan tidak perlu didengarkan karena hanya akan menyita waktu dan energi.”
Enam Perusak Ukhuwah
Mengingat kedudukan ukhuwah islamiyah yang sedemikian penting, maka memeliharanya menjadi sesuatu yang amat ditekankan. Disamping harus menyelidik kebenaran suatu berita buruk yang melibatkan saudara kita yang muslim, ada beberapa hal yang harus kita hindari agar ukhuwah islamiyah bisa tetap terpelihara. Allah swt berfirman,
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokan) dan jangan pula wanita wanita-wanita mengolok-olokan wanita yang lain (kerana) boleh jadi wanita (yang diperolok-olokan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” [QS Al-Hujurat (49): 11-12]
Dari ayat di atas, ada enam hal yang harus kita hindari agar ukhuwah islamiyah tetap terpelihara:
Pertama, memperolok-olokan, baik antara individu mahupun antara kelompok, baik dengan kata-kata mahupun dengan bahasa isyarat kerana hal ini dapat menimbulkan rasa sakit hati, kemarahan dan permusuhan. Manakala kita tidak suka diolok-olok, maka janganlah kita memperolok-olok, apalagi belum tentu orang yang kita olok-olok itu lebih buruk dari diri kita.
Kedua, mencaci atau menghina orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan, apalagi bila kalimat penghinaan itu bukan sesuatu yang benar. Manusia yang suka menghina berarti merendahkan orang lain, dan iapun akan jatuh martabatnya.
Ketiga, memanggil orang lain dengan panggilan gelar-gelar yang tidak disukai. Kekurangan secara fisik bukanlah menjadi alasan bagi kita untuk memanggil orang lain dengan keadaan fisiknya itu. Orang yang pendek tidak mesti kita panggil si pendek, orang yang badannya gemuk tidak harus kita panggil dengan si gemuk, begitulah seterusnya kerana panggilan-panggilan seperti itu bukan sesuatu yang menyenangkan. Memanggil orang dengan gelar sifat yang buruk juga tidak dibolehkan meskipun sifat itu memang dimilikinya, misalnya kerana si A sering berbohong, maka dipanggillah ia dengan si pembohong, padahal sekarang sifatnya justeru sudah jujur tapi gelar si pembohong tetap melekat pada dirinya. Kerananya jangan dipanggil seseorang dengan gelaran-gelaran yang buruk.
Keempat, berburuk sangka, ini merupakan sikap yang bermula dari iri hati (hasad). Akibatnya ia berburuk sangka bila seseorang mendapatkan kenimatan atau keberhasilan. Sikap seperti harus dicegah kerana akan menimbulkan sikap-sikap buruk lainnya yang bisa merosak ukhuwah islamiyah.
Kelima, mencari-cari kesalahan orang lain, hal ini kerana memang tidak ada perlunya bagi kita, mencari kesalahan diri sendiri lebih baik untuk kita lakukan agar kita bisa memperbaiki diri sendiri.
Keenam, bergunjing dengan membicarakan keadaan orang lain yang bila ia ketahui tentu tidak menyukainya, apalagi bila hal itu menyangkut rahsia peribadi seseorang. Manakala kita mengetahui rahsia orang lain yang ia tidak suka bila hal itu diketahui orang lain, maka menjadi amanah bagi kita untuk tidak membicarakannya.
Dari huraian di atas dapat kita simpulkan bahawa ketika ukhuwah islamiyah kita dambakan perwujudannya, maka segala yang boleh merosakkannya harus kita hindari. Bila ukhuwah sudah terwujud, yang akan merasakan manfaatnya bukan hanya sesama kaum muslimin, tapi juga umat manusia dan alam semesta, kerana Islam merupakan agama yang membawa rahmat bagi seluruh alam. Kerananya mewujudkan ukhuwah Islamiyah merupakan keperluan penting dalam kehidupan ini.

Tafsir Hujuraat [ 1 dan 2 ]

سُوۡرَةُ الحُجرَات

TAFSIR SURAH HUJURAAT (BILIK ISTERI-ISTERI NABI)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُقَدِّمُواْ بَيۡنَ يَدَىِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ‌ۖ

وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ۬ (١)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (1)

Huraian Ayat 1

Janganlah kamu mendahului, melangkah atau melanggar hokum-hukum Allah dan Rasul (firman Allah dan sabda Rasulullah saw), ianya merangkumi peraturan Rasulullah dalam urusan dunia dan agama. Rasulullah saw mengatakan kepada kamu supaya mentaati danmematuhi segala perintah Allah SWT kera Allah adalah Tuhan yang kamu mesti mengabdikan diri kepadaNya.

Sebab Nuzul :

Para ulama telah meriwayatkan beberapa riwayat yang yang berlaku di zaman Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Abi Malikah, menurut Abdullah bin Zubir – suatu rombongan telah tiba dari kabilah Arab Badawi dari kalangan Bani Tamim menemui Rasulullah saw. Belum pun sempat Rasulullah keluar, Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar mula berselisih pendapat untuk melantik siapakah yang layak menjadi ketua dikalangan mereka (Bani Tamim yang memeluk Islam) apabila mereka pulang nanti. Abu Bakar mencadangkan supaya melantik al-Qaqqaq bin Mukbid sebagai ketua Bani Tamim,manakala Saidina Umar pula mencadangkan al-Qaraq bin Jabas sebagai ketua. Perselisihan pendapat ini berterusan sehingga tanpa disedari suara nereka terangkat tinggi. Bersabit dengan peristiwa inilah, maka Allah SWT menurunkan firmanNya dalam ayat pertama surah Hujuraat.

Mengikut riwayat al-Muhdawi pula, pada suatu ketika Rasulullah saw telah melantik seorang lelaki di kalangan sahabat utnuk menggantikannya di Madinah sewaktu Baginda hendak melancarkan serangan ke atas Khabir. Tiba-tiba Saidina Umar mencadangkan orang lain dari apa yang telah dicadangkan oleh Rasulullah saw, maka bersabit dari ini, Allah Ta’ala menurunkan ayat seperti di atas.

Mengikut riwayat al-Mawardi, dari Ibn Abbas ra bahawa Rasulullah telah menghantar satu rombongan yang berjumlah 24 orang dari kalangan sahabatnya untuk menemui kabilah Bani Ammar, tetapi Bani Ammar membunuh mereka semua melainkan 3 orang sahaja. Mereka bertiga melarikan diri dan bertemu 2 orang lelaki. Dua orang lelaki tersebut berasal tersebut berasal dari Bani Salim. Mereka ( 3 orang sahabat ) itu bertanya kepada kedua-dua lelaki itutentang asal keturunan mereka, lalu kedua orang lelaki itu menjawab: “Kami dari kabilah Bani Ammar.” Tujuan mereka berkata demikian adalah utnuk berbangga dengan kabilah Bani Ammar walupun mereka berasal dari kabilah Bani Salim. Mereka juga bertujuan untuk menyembunyikan diri mereka dengan berselindung disebalik kabilah yang yang lebih kuat. Lalu ketiga-tiga orang sahabat itu membunuh kedua-dua orang lelaki tersebut. Selepas daripada itu, Bani Salim telah datang menemui Rasulullah saw mendakwa bahawa sahabat Rasulullah saw telah mmembunuh 2 orang dari kalangan kabilahnya. Sebenarnya ketiga-tiga orang orang sahabat Rasulullah saw itu membunuh dengan tidak sengaja kerana mereka menyangkanya musuh,n tetapi kedua orang itu adalah dari kabilah Bani Salim bukannya dari kabilah Bani Ammar seperti yang didakwanya itu.

Akhirnya Rasulullah telah membayar denda itu dengan seratus ekor unta kerana pembunuhan itu dilakukan dengan tidak sengaja. Dan ada lagi riwayat-riwayat yang lain.Bersabit dengan peristiwa tersebut, Allah SWT menurunkan ayat tadi. Oleh itu, orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahulukan Allah SWT dan RasulNya. Mereka mestilah mengikut dan menerima dengan patuh walau apa-apa perkara sekalipun.

Pernah berlaku ketika Rasulullah saw dalam keadaan sakit yang membawa kepada wafatnya telah melantik Abu Bakar menjadi imam untuk bersolat, sabdanya : Maksudnya

“Suruhlah Abu Bakar menjadi imam untuk bersolat kepada orang ramai.”

Maka Saidatina Aisyah ra berkata kepada Habsyah ra :

“Katakan kepada Rasulullah saw, sesungguhnya Abu Bakar seorang yang amat mudah bersedih apabila membaca al-Quran, sekiranya dia menangis di dalam solat, dia tidak boleh memperdengarkan bacaan al-Quran itu kepada orang ramai yang bersolat di belakangnya”, lalu Saidatina Aisyah mencadangkan supaya Umar yang menjadi imam untuk bersolat. “

Maka mereka pun pergi bertemu dengan Rasulullah saw dan Rasulullah saw bersabda :

Maksudnya:

“Sesungguhnya kamu wahai perempuan, serupalah dengan perempuan-perempuan yang telah memfitnah Nabi Yusuf as, suruhlah Abu Bakar menjadi imam kepada orang ramai.”

Berdasarkan peristiwa tersebut, kita tidak boleh menyanggah perintah Rasulullah saw, apatah lagi melanggar atau menyanggahi perintah Allah Ta’ala. Oleh sebab itu, hendaklah kita semua bertakwa kepada Allah Ta’ala dengan mematuhi segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya. Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.


Huraian Ayat 2



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَرۡفَعُوٓاْ أَصۡوَٲتَكُمۡ فَوۡقَ صَوۡتِ ٱلنَّبِىِّ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi

(Al-Hujuraat: 2)

Ayat ini menyeru kepada orang-orang yang beriman supaya jangan sesekali meninggikan suara apabila berhadapan dengan dengan Nabi saw ataupun berada berhampiran dengan rumah Nabi saw.

Sebab Nuzul :

Berkata sesetengah ulama, antaranya al-Bahari dan at-Tirmidzi bahawa sebab nuzul ayat yang terdahulu adalah berpunca daripada peristiwa Abu Bakar dan Umar meninggikan suara kerana mencadangkan orang yang lain menjadi pemimpin dari kalangan kabilah Bani Tamim yang dating menemui Rasulullah saw. Allah SWT menurunkan ayat yang kit abaca tadi selepas turunnya ayat ini. Setelah itu Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar merasakan diri masing-masing bersalah, maka kedua-duanya apabila bercakap, mereka menggunakan suara yang lembut dan perlahan.

Sesetengah ulama’ juga menyatakan bahawa yang mengangkat suara itu adalah kabilah yang dating (Bani Tamim sendiri). Ini kerana mereka terdiri daripada orang-orang Arab Badwi yang keras dan kasar tingkah lakunya.Mereka terkenal dengan pendirian yang keras serta cara pergaulan sesame mereka dengan suara yang kuat seperti biasa, walaupun mereka pada ketika itu berada berdekatan dengan Rasulullah saw.

Ini adalah antara perangai orang-orang Badwi dan mengikut riwayatnya, penyair mereka al-Aqraq bin Jabas telah bersajak apabila dia tiba di sana. Mereka bersajak dan bersyair memuji dan memuja tentang kelebihan kabilah mereka (Bani Tamim) melebihi kabilah lain.

Kata al-Aqraq Ibn Jabas:

“Kami datang kepadamu sebagaimana manusia mengetahui kelebihan kami, apabila mereka itu menyanggahi kami ketika menyebut kemuliaan. Sesungguhnya kamilah ketua kepada orang ramai yang terdiri daripada setiap kelompok manusia. Dan sesungguhnya tidak wujud di bumi Hajar ini yang sama dengan Bani Daram. Sesungguhnya bagi kami marbaq (satu perempat daripada harta rampasan perang untuk ketua di zaman jahiliyyah) pada setiap peperangan yang berlaku di bumi Najad atau di bumi Tahamah.”

Sajak mereka ini lalu dijawab oleh penyairRasulullah saw iaitu Hasan bin Thabit ra:

“Bani Daram, janganlah kamu bermegah, sesungguhnya kemegahan kamu akan bertukar menjadi kehinaan ketika mana mengingati akan kemuliaan yang sebenar. Kamu ketika menyebut alangkah tahunya kamu akan hal kami, kamu bermegah sedangkan kamu adalah hamba-hamba sahaya kami di antara pemberi belas kasihan dan pemberi khidmat bakti.”

Apabila Bani Tamim mendebgar syair Hassan bin Thabit, mereka lalu berkata:

“Ahli pidato mereka lebih handal dari ahli pidato kita, dan penyair mereka lebih handal dari penyair kita.”

Mereka itu bercakap dengan suara yang kuat, lalu Allah SWT menurunkan ayat ini:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَرۡفَعُوٓاْ أَصۡوَٲتَكُمۡ فَوۡقَ صَوۡتِ ٱلنَّبِىِّ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi

(Al-Hujuraat: 2)


Mengikut riwayat kebanyakan ulama, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ataq al-Harsani ra katanya, seorang sahabt yang bernama Thabit bin Qabis yang terkenal sebagai seorang yang sangat bertakwa kepa Allah SWT, apabila turunnya ayat ini, Thabit terus pulang ke rumahnya kerana merasakan yang ayat ini ditujukan kepadanya. Dia pulang ke rumah dalam keadaan yang sangat takut kepada Allah.

Thabit bin Qabis berkata: “Aku adalah seorang yang bercakap kuat dan aku bimbang takut-takut amalan aku dihapuskan oleh Allah SWT. Segala amal akan tidak diterima oleh Allah, lalu aku menjadi ahli neraka dan aku mati dalam keadaan kafir. Binasalah diriku kerana akulah yang telah bercakap kuat dan mungkin ayat ini ditujukan kepada aku.”

Selepas itu Thabit tidal lagi datang ke masjid Nabi saw. Rasulullah saw adalah seorang yang mempunyai pemikiran dan pandangan yang tajam. Baginda tahu dikalangan sahabatnya yang ramai itu siapa yang hadir dan siapa yang tidak hadir ke masjid, maka Rasulullah saw bertanya kepada para sahabatnya mengapa Thabit tidak lagi datnag ke masjid? Para sahabat pun menceritakan kepada Rasulullah saw bahawa Thabit sedang berkurung di dalam rumahnya. Dia menangis dan sangat berdukacita mengenai ayat al-Quran yang ditutunkan itu, lalu Rasulullah saw mengutuskan seorang sahabat memberitahu kepadanya supaya dia datang menemui Rasulullah saw. Setelah berhadapan dengan Rasulullah saw, dia menceritakan perasaannya: “Sesungguhnya aku tentu masuk ke dalam neraka kerana tidak beradab ketika berada di dalam majlis Rasulullah saw”, lau Rasulullah saw bersabda kepadanya:

Maksudnya:

“Kamu tidak termasuk di dalam golongan mereka yang disebut di dalam ayat ini, bahkan engkau hidup di dalam keadaan yang terpuji dan engkau akan dibunuh(mati syahid) dan engkau akan masuk ke dalam syurga.”

Ini adalah suatu janji daripada Rasulullah saw yang diterima oleh Allah Ta’ala, yang merupakan satu mukjizat Rasulullah saw yang mengetahui perkara-perkara akan datang.

Diriwayatkan apa yang berlaku di dalam sejarah, hidup Thabit ra tepat dengan apa yang disabdakan kepada oleh Rasulullah saw.Dia hidup sebagai seorang yamg mulia dan dikurniakan mati shahid setelah wafatnya Rasulullah saw di dalam peristiwa murtad yang terkenal di zaman Abu Bakar ra.

Di dalam peristiwa itu, Thabit telah menyertai pasukan Islam memerangi Musilmat al-Kazab dan bala tenteranya. Musilmat al-Kazab mengaku dirinya nabi dan mempunyai pengikut yang ramai. Abu Bakar telah melantik Walid bin al-Walid memimpin bala tentera Islam memerangi Musilmat dan pengikut-pengikutnya. Selain daripada Thabit, Salam yang menjadi hamba kepada Abi Khuzaifah iaitu seorang ulama di kalangan sahabat yang terkenal juga menyertai peperangan ini.

Dalam peperangan ini, berlaku suatu pertempuran dan serangan yang dahsyat ke atas tentera Islam. Thabit dan Salam telah menunjukkan sifat kepahlawanan yang hebat di dalam peperangan itu, dimana kedua-dua sahabt telah menggali lubang dan menimbus sebahagian jasad mereka di dalam tanah sampai tidak berundur diri dari medan peperangan. Walaubagaimana hebat pun serangan yang dilakukan oleh tentera Musilmat, namun tentera-tentera Islam dapat mengalahkan mereka. Thabit dan Salam telah gugur sebgai syahid di dalam peperangan ini.

Diceritakan lagi bahawa Thabit telah meninggalkan sebuah perisai yang baik, yang berada di tangannya setelah dia mati syahid, tiba-tiba seorang lelaki dari kalangan orang Islam telah mengambil perisai itu.Kemudian orang itu bermimpi, di dalam mimpinya Thabit memberitahunya:

“Ini adalah suatu mimpi, ini adalah suatu perkara yang benar yang aku ingin memberitahumu, sesungguhnya setelah aku dibunuh syahid, seorang dari kalangan orang Islam telah mengambil perisaiku. Oleh kerana itu, beritahu kepada Khalid supaya mengambil perisai itu dan apabila tiba di Madinah, beritahu kepada Abu Bakar bahawasanya aku ini mempunyai hutang sekian banyak dan aku meminta supaya dia memberi pertolongan bagi menjelaskan hutang aku.”

Lalu tentera yang bermimpi itu bertemu dengan Khalid bin al-Walid ra. Khalid bin al-Walid menyiasat perkara tersebut dan mengambil semula perisai kepunyaan Thabit. Setelah Khalid pulang ke Madinah, beliau telah menceritakan kepada Saidina Abu Bakar tentang wasiat Thabit dan akhirnya Abu Bakar menyempurnakan wasiat Thabit.

Ini adalah suatu mimpi yang telah menjadi hokum, biasanya mimpi tidak boleh dijadikan hokum kecuali mimpi Rasulullah saw, tetapi tentang mimpi Thabit bin Qais itu telah diputuskan oleh Saidina Abu Bakar sebagai suatu keputusan yang diambil tindakan kerana ia merupakan suatu perintah yang benar yang diberi oleh Allah kepada hambaNya yang sangat soleh.

Perlu juga diketahui bahawa larangan mengangkat suara bukan sahaja semasa bersama-sama dengan Rasulullah saw, tetapi termasuk juga setelah Baginda wafat iaitu apabila dibacalan hadis-hadis Baginda.Kita mestilah menghormati ucapan-ucapan Rasulullah saw sebagaimana kita disuruh diam ketika mendengar bacaan al-Quran.

Firman Allah Ta’ala :

وَإِذَا قُرِئَ ٱلۡقُرۡءَانُ فَٱسۡتَمِعُواْ لَهُ ۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (٢٠٤)

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. (204)

Sesungguhnya sabda (ucapan) Rasulullah saw juga adalah daripada Allah SWT. Oleh kerana itu, kita juga hendaklah menghormati hadis-hadis Rasulullah saw sebagaimana kita disuruh menghormati semasa Baginda hidup. Ini adalahkenyataan Kadhi Abu Bakar bin Arbi :

“Menghormati Nabi saw semasa Baginda wafat samalah kita disuruh menghormatinya ketika Baginda masih hidup. Dan percakapannya yang bernas dan berkesan itu di dalam menggambarkan kemuliaan selepas kewafatannya seumpama percakapannya yang didengari semasa Baginda masih hidup. Dan apabila dibacakan hadisnya maka wajiblah ke atas setiap yang hadir supaya jangan mengangkat suaranya. Dan janganlah berpaling daripadanya, sebagaimana pada kebiasaan di dalam majlis Rasulullah saw ketika Rasulullah melafazkan kata-katanya.”

Seterusnya Allah TA’ala berfirman lagi:

وَلَا تَجۡهَرُواْ لَهُ ۥ بِٱلۡقَوۡلِ كَجَهۡرِ بَعۡضِڪُمۡ لِبَعۡضٍ أَن تَحۡبَطَ أَعۡمَـٰلُكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تَشۡعُرُونَ (٢)

Dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya. (Al-Hujuraat: 2)

Akibat daripada sikap kamu yang tidak berakhlak di hadapan Allah Ta’ala dan RasulNya akan menghilangkan amalan kamu dan tidak diterimaNya kerana tindakan yang kamu lakukan itu adalah suatu tindakan yang salah.


Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang