:: mencari sinar ::

SEJARAH PENUBUHAN IURVC


Institusi Usrah Rangers Volleyball Club merupakan satu lagi lembaran baru dalam bidang sukan bagi Institusi Usrah. Penubuhan yang seiring dengan Institusi Usrah Football Club IUFC ini adalah bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar Muslim terutamanya bagi menjalani latihan fizikal seiring dengan kehendak agama. Sedikit mengenai IURVC ini, ianya diasaskan hasil inisiatif pelajar-pelajar senior. Langkah pertamanya adalah dengan menyertai petandingan bola tampar terbuka yang dianjurkan oleh kelab bola tampar MMU.

Walaupun tewas, tetapi ianya membuka mata para pemain dan ahli-ahli Institusi Usrah untuk meningkatkan lagi kemahiran dan mengasah kemahiran-kemahiran yang sedia ada. Bermula dengan langkah yang perlahan ketika itu, IURVC sekali lagi menyertai pertandingan Bola Tampar yang di sempena dengan Hari Interaksi Toleransi Siswa.Berbekalkan semangat yang kental, pengalaman yang sedikit serta dibantu oleh para pelajar senior alhamdulillah IURVC menjadi juara. Bukan sahaja di pihak muslimin malah muslimat juga kita menjadi johan. Ini membuktikan bahawa segala halangan boleh diatasi dengan sedikit usaha dan semangat.

Sejak daripada itu, Institusi Usrah dibawah unit sukan membeli sebiji bola tampar dan digunakan untuk aktiviti riadah setiap petang. Bermula dengan penyertaan yang amat sedikit, sehingga ke hari ini bilangan muslimin semakin bertambah dan unit sukan membeli sebiji lagi bola tampar. Sukacita dimaklumkan, walaupun IURVC tidak lah sehebat pasukan-pasukan lain di MMU tetapi sekurang-kurangnya objektif yang dirangkakan tercapai, iaitu untuk menyatukan pelajar-pelajar muslim MMU yang salah satu caranya adalah melalui bidang sukan.


Kami merangkakan untuk mengadakan lebih banyak perlawanan persahabatan untuk mengasah kemahiran- kemahiran yang ada di samping mengeratkan tali silaturrahim di kalangan pelajar-pelajar muslim dan bukan muslim. Menang atau kalah tidak menjadi agenda utama kami. Penyertaan-penyertaan baru amatlah dialu-alukan.

Sekian
Editor IURVC

0 comments:

Post a Comment