:: mencari sinar ::

SEMINAR MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN (SMS`09)

TARIKH:
20 REJAB 1430H BERSAMAAN 13 JULAI 2009

MASA:
8.00 PAGI – 5.00 PETANG

TEMPAT:
HOTEL GRAND RIVERVIEW, KOTA BHARU, KELANTAN.

ANJURAN BERSAMA:
JABATAN AL-SYARIAH
KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

&

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM KELANTAN (JAHEAIK)

TEMA:
KE ARAH NEGARA SEJAHTERA LAGI BERKAT

BARISAN PEMBENTANG KERTAS KERJA:

1. DR. ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN
PENSYARAH
JABATAN AL-SYARIAH
KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

2. PROF. MADYA DATO` DR. HAILANI MUJI TAHIR
PENSYARAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

3. PROF. MADYA DR. SHUKERI MOHAMAD
PENSYARAH
AKADEMIK PENGAJIAN ISLAM NILAM PURI
UNIVERSITI MALAYA (UM)

4. PROF. DR. ABDUL AZIZ BARI
PENSYARAH KULIAH UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

5. YB DATO` MOHD. AMAR BIN ABDULLAH
PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN ISLAM, PENDIDIKAN & DAKWAH
NEGERI KELANTAN


MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

UST HAMIDI ABD GHANI
019-9438165/ 09-7126161
USTZH NURUL AKMA BT MOHAMED
013-9968751
HJ MOHD NOR ANUAR (PENGINAPAN)
016-5490150

ڤڽاكيت هاتي


“واهاي اورڠ-اورڠ يڠ برايمان، جاوهيله كبڽقان درڤد سڠكأن ﴿سوڤاي كامو تيدق مڽاڠك سڠكأن يڠ دلارڠ﴾ كران سسوڠڬوهڽ سباهاڬين درڤد سڠكأن ايت بردوسا، دان جاڠنله كامو مڠينتيڤ، منچاري-چاري كسالهن دان كعاءيبن اورڠ، دان جاڠنله سستڠه كامو مڠومڤت سستڠهڽ يڠ لاين. اڤاكه سساورڠ درڤد كامو سوك مماكن داڬيڠ ساوداراڽ يڠ تله ماتي؟ ﴿جك دمكين كادأن مڠومڤت﴾ مك سوده تنتو كامو جيجيق كڤداڽ. ﴿اوليه ايت، ڤاتوهيله لارڠن-لارڠن ترسبوت﴾ دان برتقوىله كامو كڤد الله، سسوڠڬوهڽ الله ڤنريما توبة لاڬي مها مڠاسيهاني.” ﴿ال هوجورت ايات 12﴾


برڤندوكن ايات د اتس، جلس كڤد كيت د دالم ديري مأنسي ترداڤت 3 جنيس ڤڽاكيت هاتي يڠ سوكر داوباتي.

ڤڽاكيت هاتي اينله يڠ ممباوا كڤد كموسنهن اخوه انتارا كيت د دالم كهيدوڤن برمشاركت. مالهن ڤڽاكيت هاتي اين جوڬ اكن ممباوا كڤد ڤربالهن دان ڤرڤچاهن كڤد كيت سموا سأندايڽ كيت تيدق منجاوهيڽ.

ڤرتام، ذن يڠ برارتي سڠك اتاو ڤراسڠك. والاوڤون الله تيدق ملارڠ تروس طبيعة اين، نامون برداسركن كسنڽ يڠ بوروق، الله مڠهندقي كيت منجاوهيڽ. سڠكأن يڠ دلارڠ ايت اياله سڠكأن يڠ ممبهاياكن سرتا مڽوسهكن، سام اد ترهادڤ ديري سنديري اتاو اورڠ لاين.

كدوا اياله عمالن سوك مڠينتيڤ دان منچاري-چاري كسالهن اورڠ لاين. ڤربواتن سڤرتي اين بوليه موجودكن ڤرموسوهن. باڬايمانا ڤراسان كيت اڤابيلا اد اورڠ يڠ سوك مڠينتيڤ ڤرڬرقن دان منچاري كسالهن كيت؟؟؟ ادكه كيت اكن برديام بڬيتو سهاج تنڤا برتيندق بالس؟ سلاڬي مأنسي مميليقي نفسو، صفة ايڠين برتيندق بالس ڤستي وجود دمي ممڤرتاهنكن چريتا تنتڠ ديري كيت دكتاهوي اورڠ لاين والاوڤون بنر.

ڤربواتن سوك منچاري كسالهن اورڠ لاين سمات-مات اونتوق منددهكنڽ كڤد اورڠ لاين، اداله ڤربواتن يڠ امت ترچلا دان دلارڠ كراس اوليه اسلام. تتاڤي جك ڤربواتن اين برتوجوان اونتوق منداڤتكن بوقتي اونتوق ددعوا د محكمه دان سأومڤاماڽ، مك ڤربواتن اين تيدق دلارڠ ماله دهاروسكن.

اسلام لبيه سوك كالاو كيت ميرهسياكن كبوروكن دان كعاءيبن سساورڠ. ڤربواتن سڤرتي اين اداله عمالن ڤارا رسول، دان رسول الله ساو سنديري ڤرنه ممبري جامينن بهاوا سسياڤا يڠ منوتوڤ كعاءيبن دان كسالهن اورڠ لاين اكن دبري ڬنجرن دڠن ترڤليهارا كعاءيبنڽ ڤد هاري اخيرة. حال اين جلس دالم سبدا رسول الله ساو يڠ دروايتكن اوليه احمد يڠ برمقصود :

“سسياڤا يڠ منوتوڤي ﴿كبوروكن-كعاءيبن﴾ ساوداراڽ سسام اسلام، دان تيدق دددهكنڽ ﴿كڤد اورڠ لاين﴾ نسچاي الله اكن منوتوڤي كعاءيبنڽ ڤد هاري اخيرة.”

كتيڬ اياله ڤڽاكيت مڠومڤت دان كات-مڠات. ڤربواتن اين جوڬ مروڤاكن ڤڽاكيت مشاركت يڠ امت بربهاي. سكيراڽ ڤربواتن اين سوده منجادي عمالن دان طبيعة سساورڠ، مشاركت اكن منجادي ڤورق ڤراندا دان برڤچه بله. اينله يڠ دأڠڬڤ ڤونچا ڤرڤچاهن دان ڤرموسوهن.

ڤربواتن مڽبوت، منچريتاكن دان منددهكن كبوروكن، كعاءيبن، كچاچتن، ككوراڠن، كڤينچڠن سساورڠ كڤد اورڠ لاين ديناماكن مڠومڤت. جك اورڠ يڠ ديومڤت ايت تيدق مڠتاهويڽ، مك اي كن ممڤروليهي ڤاهلا درڤد اومڤتن ايت، مانكالا يڠ مڠومڤت اكن بروليه دوسا. سباليقڽ جك اورڠ يڠ ديومڤت ايت مڠتاهوي، تنتو اكن برلاكوله ڤرموسوهن دان ڤرسڠكطاعن.

سچارا سڤينتس لالو، كتيڬ-تيڬ ڤڽاكيت اين كليهاتن همڤير سروڤا، ايايت سڠك بوروق، سوك منچاري كسالهن اورڠ لاين دان كات مڠات. كتيڬ-تيڬ جنيس ڤڽاكيت اين تربيت درڤد هاتي يڠ تله دروسقكن اوليه نفسو يڠ دكواساا اوليه شيطان دان ابليس. ڤڽاكيت-ڤڽاكيت سڤرتي اين تيدق برلاكو ملاءينكن كران ايري هاتي، بوسوق هاتي دان ساكيت هاتي.

كيت موڠكين ممڤو هيدوڤ سنديرين تتاڤي كيت ڤستي تيدق ممڤو هيدوڤ تنڤا تمن. برسام سامله كيت منجاڬ هاتي كيت درڤد تروس دجڠكيتي ڤڽاكيت-ڤڽاكيت هاتي اين.

بينله كهيدوڤن برمشاركت يڠ ساليڠ ممهمي سرتا منجاڬ كباجيكن د انتارا ساتو سام لاين. جاڠن بياركن اخوه كهيدوڤن كيت دهنچوركن هاڽ كران ڤڽاكيت-ڤڽاكيت هاتي يڠ تنڤا كيت سدري تله برسارڠ د دالم ديري كيت

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (Al Hujurat ayat 12)

Berpandukan ayat di atas, jelas kepada kita di dalam diri manusia terdapat 3 jenis penyakit hati yang sukar diubati.

Penyakit hati inilah yang membawa kepada kemusnahan ukhwah antara kita di dalam kehidupan bermasyarakat. Malahan penyakit hati ini juga akan membawa kepada perbalahan dan perpecahan kepada kita semua seandainya kita tidak menjauhinya.

Pertama, dzon yang bererti sangka atau prasangka. Walaupun Allah tidak melarang terus tabiat ini, namun berdasarkan kesannya yang buruk, Allah menghendaki kita menjauhinya. Sangkaan yang dilarang itu ialah sangkaan yang membahayakan serta menyusahkan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain.

Kedua ialah amalan suka mengintip dan mencari-cari kesalahan orang lain. Perbuatan seperti ini boleh mewujudkan permusuhan. Bagaimana perasaan kita apabila ada orang yang suka mengintip pergerakan dan mencari kesalahan kita??? Adakah kita akan berdiam begitu sahaja tanpa bertindak balas? Selagi manusia memiliki nafsu, sifat ingin bertindak balas pasti wujud demi mempertahankan cerita tentang diri kita diketahui orang lain walaupun benar.

Perbuatan suka mencari kesalahan orang lain semata-mata untuk mendedahkannya kepada orang lain, adalah perbuatan yang amat tercela dan dilarang keras oleh Islam. Tetapi jika perbuatan ini bertujuan untuk mendapatkan bukti untuk didakwa di mahkamah dan seumpamanya, maka perbuatan ini tidak dilarang malah diharuskan.

Islam lebih suka kalau kita merahsiakan keburukan dan keaiban seseorang. Perbuatan seperti ini adalah amalan para Rasul, dan Rasullullah SAW sendiri pernah memberi jaminan bahawa sesiapa yang menutup keaiban dan kesalahan orang lain akan diberi ganjaran dengan terpelihara keaibannya pada hari akhirat. Hal ini jelas dalam sabda Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Sesiapa yang menutupi (keburukan-keaiban) saudaranya sesama Islam, dan tidak didedahkannya (kepada orang lain) nescaya Allah akan menutupi keaibannya pada hari akhirat.”

Ketiga ialah penyakit mengumpat dan kata-mengata. Perbuatan ini juga merupakan penyakit masyarakat yang amat berbahaya. Sekiranya perbuatan ini sudah menjadi amalan dan tabiat seseorang, masyarakat akan menjadi porak peranda dan berpecah belah. Inilah yang dianggap punca perpecahan dan permusuhan.

Perbuatan menyebut, menceritakan dan mendedahkan keburukan, keaiban, kecacatan, kekurangan, kepincangan seseorang kepada orang lain dinamakan mengumpat. Jika orang yang diumpat itu tidak mengetahuinya, maka ia kan memperolehi pahala daripada umpatan itu, manakala yang mengumpat akan beroleh dosa. Sebaliknya jika orang yang diumpat itu mengetahui, tentu akan berlakulah permusuhan dan persengketaan.

Secara sepintas lalu, ketiga-tiga penyakit ini kelihatan hampir serupa, iaitu sangka buruk, suka mencari kesalahan orang lain dan kata mengata. Ketiga-tiga jenis penyakit ini terbit daripada hati yang telah dirosakkan oleh nafsu yang dikuasai oleh syaitan dan iblis. Penyakit-penyakit seperti ini tidak berlaku melainkan kerana iri hati, busuk hati dan sakit hati.

Kita mungkin mampu hidup sendirian tetapi kita pasti tidak mampu hidup tanpa teman. Bersama samalah kita menjaga hati kita daripada terus dijangkiti penyakit-penyakit hati ini.

Binalah kehidupan bermasyarakat yang saling memahami serta menjaga kebajikan di antara satu sama lain. Jangan biarkan ukhwah kehidupan kita dihancurkan hanya kerana penyakit-penyakit hati yang tanpa kita sedari telah bersarang di dalam diri kita

alfiqrah.com

Jom Dinner@Shimah Catering


Assalamualaikum,

InsyaAllah, jika diizinkan Allah swt, makcik Shima akan buka kedai pada waktu malam pd sem depan. Jadi, marilah kita meramaikan kedai makcik shima.

Antara menu yang akan disediakan adalah nasi goreng, asam pedas dan lain-lain lagi.
Jika ada sebarang cadangan menu, bolehlah komen disini, akan disampaikan pd ceo shimah catering.

~ makan untuk hidup ~

Kata-Kata Pak Supir di Aceh

Saya cukup teringat-ingat kata pemandu bas ketika di Acheh dulu, Kata- kata yang menjadi prinsip hidupnya. Dia dahulu adalah seorang pengedar dadah, anggota GAM , kaki pukul dan terlibat dangan gejala-gejala lain lagi.


"Lebih Baik menjadi bekas orang jahat daripada menjadi bekas orang baik."

Simple, tapi besar pengertiannya.
Hidayah milik Allah, sesiapa saja bisa berubah.

Marilah kita berdoa agar tidak dibolak-balikkan hati dan iman kita.Semoga Allah tetapkan kita pd jalanNya.

"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku di dalam agamaMu dan mentaatiMu"

Ulasan, Komentar & Cadangan Berkenaan Kursus Latihan ESQ 165


Dicatat dari hasil pengalaman :

Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Peue Aceh 2007