:: mencari sinar ::
HUKUM TAHALUF SIYASI DALAM KONTEKS GERAKAN
Pendahuluan
Istilah tahaluf siyasi menjadi satu istilah yang semakin dikenali khususnya di kalangan pendokong gerakan Islam. Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928. Penubuhan gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan Haikimiyyah Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan gerakan-gerakan Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.
Dalam keadaan hari ini, amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam bahawa mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi masing-masing. Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden ini, tidak semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya. Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada di dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam pembentukan kerajaan. Perosalannya, adakah ia merupakan satu keharusan? Dalam erti kata lain, haruskah bagi sesebuah gerakan Islam untuk menjalinkan kerjasama dengan gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat yang sama dengannya dalam membentuk kerajaan?
Pengertian Tahaluf Siyasi
Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.
Hukum Tahaluf Siyasi
Para ulama haraki khususnya berbeza pandangan mengenai hukum melakukan kerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam. Sebahagian daripada mereka dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama ini serta menghukumkan bahawa kerjasama ini sebagai haram. Di antara mereka ialah Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah . Manakala di antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .
Dalil-dalil yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahaluf siyasi ialah seperti berikut :
1. Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (51) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ (52)
Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.
Hujah : Kerjasama gerakan Islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis wala’ kepada kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam.
2. Firman Allah SWT :
فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Yang bermaksud : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya
Hujah : Ayat di atas berkenaan dengan pengharaman arak dan judi. Namun jika dilihat dari sudut tahaluf siyasi, kerjasama dengan musuh mungkin mendatang manfaat dari beberapa sudut, bagaimanapun dari sudut yang lebih jauh iaitu ke arah menegakkan hakimiah Allah SWT, ia tidak akan dapat dicapai. Lantas, kerjasama akan menyebabkan terbantutnya usaha gerakan Islam untuk menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian, kerjasama ini adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan mudharat daripada manfaat.
3. Pertimbangan logik bahawa gerakan yang tidak berhasrat untuk menegakkan Islam ini pastinya hanyalah menjadikan gerakan Islam sebagai jambatan untuk mereka mendapatkan kuasa. Mereka sekali-kali tidak membiarkan gerakan Islam ini berkembang sehingga mengatasi diri mereka. Dan ini sekali lagi akan menghalang kepada tertegaknya daulah Islamiah seperti yang diperjuangan oleh Harakah Islamiah.
Manakala bagi golongan ulama haraki yang mengatakan tahaluf siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :
1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
Yang bermaksud : Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.
Hujah : Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.
2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :
2.1 Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya” Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.
2.2 Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.
Hujah : Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.
3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”
Hujah : Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal . Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.
4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.
Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”
Hujah : Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan non-muslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.
5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliyyah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.
6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.
Jawapan Terhadap Golongan Yang Mengharamkan Tahaluf Siyasi
Di dalam memberikan jawapan kepada golongan ulama haraki yang mengharamkan tahaluf siyasi, beberapa pandangan telah dikemukakan. Antara lain :
1. Ayat yang digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.
2. Ayat 219 dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepadea keharusannya. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahli-ahli strategi.
KESIMPULAN
Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.
Penyertaan gerakan Islam dalam mana-mana kerajaan seharusnya dilakukan dengen penelitian yang teliti terhadap senario politik setempat. Oleh yang demikian, pimpinan gerakan Islam perlulah sentiasa prihatin dan sensitif dengan perkembangan semasa serta kehendak masyarakat agar langkah yang diambil tidak menyebabkan kerugian di mereka nanti.
Disediakan oleh:
Ahmad Fadhli bin Shaari
Pensyarah KIAS
B.A (Hons) Dakwah Islamiyyah, Univ. Al-Azhar, Mesir.
Penulis merupakan Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah
Sumber : http://www.kias.edu.my/tahalufsiasi08.htm
Ku ingin menjadi Ahli Perniagaan yg berjaya di dunia akhirat.
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?[10]
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).[11]
( Surah As-Saff )
UCAPAN SULUNG MURSYID AM KE 08 IKHWAN MUSLIMIN
Berikut adalah ucapan sulung Mursyid Am ke 8, Dr Mohd Badi’ sebaik pengumuman pemilihan beliau.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam bagi Rasulullah, para sahabatnya dan semua yang mengikutinya.
Ikhwah dan akhawat yang dimuliakan,
Saya dahulukan dengan sapaan Islam yang mulia: Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Dengan kehendak Allah, saya mengambil tanggungjawab yang besar ini, yang telah Allah tetapkan untuk saya, dan dengan permintaan dari gerakan Ikhwan Muslimin (IM) yang saya sahut dengan sokongan dari Allah. Dengan sokongan anggota IM, saya berharap untuk mencapai tujuan-tujuan besar yang kami curahkan seluruh tenaga kami, semata-mata kerana Allah.
Ikhwah dan akhawat,
Saya dahulukan ucapan saya dengan memberi penghormatan kepada guru kita, abang, dan ketua kita yang mulia Ustaz Muhammad Mahdi Akef, Mursyid Am IM yang ketujuh, seorang yang tegas, berdedikasi dan bersemangat tinggi yang telah mengetuai perjalanan pergerakan ini di tengah-tengah ribut dan badai dan telah melepasi segala rintangan, yang mana telah menghasilkan model dan contoh yang baik dan unik kepada semua pemimpin dan pegawai tinggi di dalam kerajaan, pertubuhan dan parti, dengan memenuhi janjinya untuk menyerahkan kepimpinan selepas hanya satu penggal.
Tiada kata-kata mampu menggambarkan perasaan kami kepada pemimpin hebat yang juga murabbi kami dan kami hanya boleh mengucapkan ”Semoga Allah membalas jasa anda dengan balasan sebaiknya dan Allah anugerahkan dengan pahala para Siddiqin”.
Kami ucapkan kepada ikhwah dan akhawat yang dikasihi di seluruh dunia, alangkah baiknya sekiranya anda berada bersama-sama kami semasa peristiwa besar ini berlaku, namun ianya tidak berlaku oleh kerana pelbagai sebab yang di luar kawalan kita, namun kami tetap merasakan kehadiran ruh anda yang sedang mengukir senyuman dan getaran yang jujur dan ikhlas.
Kepada mereka yang kami kasihi yang menghuni penjara kezaliman dan penindasan hanya kerana menegaskan bahawa Allah tuhan kami dan kerana mengangkat maruah, kehormatan dan kemajuan negara mereka, kami berikan sanjungan dan hormat kepada mereka di atas kesabaran, ketabahan dan pengorbanan, yang mana kami yakini tidak sia-sia. Kami doakan hati nurani para penzalim dan penindas sekalian akan tersentuh dan anda berpeluang untuk kembali bersama-sama menyokong usaha kita, semoga Allah merahmati dan melindungi anda semua.
Ikhwah dan akhawat,
Sepertimana yang diketahui semua, matlamat utama Ikhwan Muslimun (IM) ialah perubahan yang menyeluruh dan lengkap, yang akan membetulkan segala kerosakan menerusi islah dan perubahan.
”Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki (islah) sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah” (Hud: 88)dan dengan kerjasama semua punca-punca kuasa dan mereka yang mempunyai semangat tinggi yang tulus terhadap agama dan negaranya.
IM percaya Allah telah meletakkan semua asas yang perlu untuk pembangunan dan kebajikan negara dalam ajaran Islam; maka Islam mestilah menjadi sumber rujukan dan titik tolak bagi pembaharuan, yang dimulakan dengan proses tarbiyah dan melatih disiplin individu muslim, diikuti dengan pembentukan keluarga dan masyarakat muslim dengan mengukuhkan mereka, seterusnya dengan membawa keadilan dan berjihad untuk memerdekakan negara dari segala bentuk penguasaan asing atau penjajahan intelektual, spiritual dan kebudayaan serta penjajahan ekonomi, politik dan ketenteraan. Seterusnya membawa negara ke arah kemajuan, kemakmuran dan meletakkan negara di persada dunia.
Dengan kefahaman Islam yang komprehensif ini, IM telah digambarkan sebagai pergerakan dakwah salafi, pengamal sunnah (toriqah sunniyah), hakikat sufi (haqiqah sufiyyah), parti politik (hai’ah siyasiyah), kumpulan sukan (jamaah riyadhiyyah) , persatuan kebudayaan dan ilmiyah (rabitah ilmiyyah thaqafiyyah) , dan syarikat perekonomian (syirkah iqtisodiyyah) dan idealisma sosial (fikrah ijtima’iyyah) , sepertimana yang telah disebut di dalam Al-Quran:
”Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan” (Al-Qasas:77) .
IM memahami bahawa Quran dan Sunnah merangkumi semua peraturan, yang digunapakai dalam segenap aspek kehidupan dan ummah ini perlu memilih yang terbaik untuknya berdasarkan peraturan ini, di mana alternatif dan pilihan fikah boleh berubah mengikut adat kebiasaan, masa dan tempat.
Ikhwah dan akhawat,
Walaupun idea, matlamat dan objektif kami adalah jelas, banyak pihak cuba untuk menggambarkan kami dengan gambaran yang lain, meletakkan matlamat dan objektif yang berbeza terhadap kami; oleh kerana itu, kami selalu memperkenalkan kembali diri kami, prinsip dan pendirian kami terhadap isu semasa.
Saya ingin menyatakan kepada mereka yang mendokong kesatuan jamaah, bahawa mereka yang bekerja untuk Tuhan mereka, agama dan negara haruslah bekerja sebagai satu unit, walaupun memiliki perbezaan pandangan. Mereka yang mengatakan bahawa perbezaan pandangan akan menyebabkan perpecahan atau memberi kesan kepada ukhuwwah, sebenarnya tidak benar-benar memahami IM. Anggota IM telah berjanji dengan Allah untuk bekerja keras demi Allah sebagai satu unit seperti sebuah binaan yang tersusun.
IM bergerak berdasarkan peraturan dan disiplin, yang sentiasa diperbaharui dan diperkemas tanpa melanggar prinsip-prinsip yang asas, dan dalam hal ini IM sentiasa menerima nasihat dan pandangan semua pihak kerana mereka mengikut pepatah ”Allah merahmati mereka yang menunjukkan kekurangan kami”.
Ikhwah dan akhawat,
Saya mahu menyorot dan menekankan beberapa perkara berikut:
• Kami adalah satu Jamaah dari umat Islam dan bukan Jamaatul Muslimin, kerana satu kumpulan tidak boleh memonopoli Islam. Dan alhamdulillah, IM sangat popular di semua negara Arab dan negara Islam kerana pendiriannya yang sederhana yang berpaksikan Qur’an dan Sunnah.
• Dakwah dan pergerakan kami adalah bersangkutan dan saling bersandar antara satu sama lain. Pergerakan kami adalah berdasarkan dakwah kami dan motto kami seperti yang telah disebutkan dalam Qur’an:
”Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.” (al-Hasyr: 10)
• Kami percaya dengan proses islah secara berperingkat, yang mana ini boleh dicapai dengan perjuangan yang damai dan mengikut lunas undang-undang berdasarkan pujukan dan dialog dan sekali-kali bukan melalui paksaan. Maka kami menolak keganasan dan segala bentuknya samada di pihak kerajaan mahupun individu, daripada organisasi atau institusi.
• IM percaya bahawa sistem undang-undang perlu memberi ruang kepada kebebasan individu, syura atau demokrasi, mendapatkan kedaulatan kuasa dari suara rakyat, mengenalpasti kuasa dan pemisahan antaranya, kerana inilah sistem yang paling hampir dengan Islam dan IM tidak akan menerima alternatif yang lain. Dengan perspektif ini, mereka mengambil bahagian dalam politik negara dan menuntut perubahan sistem politik melalui jalan yang sedia ada dan aman seperti melalui parlimen dan kerja kemasyarakatan yang mereka anggap sebagai satu kewajipan sepertimana kefahaman mereka terhadap agama mereka dan ketulusan mereka terhadap ummah.
• Berkenaan pendirian kami terhadap rejim Mesir, kami menekankan bahawa IM tidak pernah menjadi musuh kepada rejim, walaupun rejim selalu memberi sekatan ke atas mereka, merampas wang mereka dan sering menangkap pemimpin-pemimpin mereka. Walaubagaimanapun IM tidak pernah sedikitpun mengurangkan usaha menentang dasar-dasar yang mendatangkan kerosakan dari segala sudut dan terus menerus memberi pandangan dan nasihat untuk mengharungi krisis yang berterusan ini, yang disebabkan oleh rejim ini. IM membesarkan anak-anak bangsa dengan memberi nilai akhlak, moral dan sentiasa membantu orang lain, yang mana semuanya memberi manfaat kepada ummah, rakyat dan institusi negara.
• IM menekankan bahawa pendirian mereka terhadap apa jua sistem adalah berdasarkan mendokong yang baik dan menolak yang buruk, maka mereka tidak menolak sesuatu semata-mata kerana tidak sukakannya.
• Kepada saudara Kristian kami di dunia Arab dan dunia Islam, pendirian kami sangat jelas bahawa mereka adalah rakan kongsi dan peserta dalam membina tamadun ummah, rakan sekerja kami dalam mempertahankannya, rakan karib dalam pembangunannya, maka berurusan dan bekerjasama dengan mereka adalah satu kewajipan dalam Islam.
”Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil” (al-Mumtahanah: 8).
• IM percaya bahawa kerakyatan sesuatu negara adalah berdasarkan kerjasama dan kesaksamaan dalam hak dan tanggungjawab, kecuali dalam hal peribadi, yang mana mengikut kepercayaan masing-masing.
• IM menolak dengan keras dan mengutuk segala bentuk keganasan atas dasar agama yang sering terjadi dan menyatakan penolakan terhadap peristiwa yang menyakitkan ini, kerana penganut Kristian dan Muslim adalah satu komuniti dari segi struktur sosial dan budayanya. IM juga menyeru untuk diadakan perbincangan yang telus berkenaan sebab di sebalik ketegangan ini dan mencari penyelesaian untuk menghilangkan sensitiviti keagamaan dan mengembalikan negara menjadi satu unit.
• Berkenaan isu wanita, IM telah dengan jelas selama ini memperjuangkan hak-hak wanita dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. ”Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya” (at-Taubah: 71). Kami menyeru wanita muslim untuk memainkan peranan mereka dan sentiasa mengambil tahu isu semasa kerana ini akan memberi manfaat kepada ummah Islam dan Arab.
• Syura (atau demokrasi) adalah wasilah asas kami, kami bersungguh-sungguh melaksanakannya dan mengukuhkannya. Semua institusi dalam pergerakan ini meletakkan syura dan demokrasi sebagai asasnya, bermula dari majlis di peringkat cawangan sehingga pejabat Maktab Irsyad sendiri. IM menekankan bahawa syura atau demokrasi tidak menghilangkan suara pandangan pihak yang lain, dan mengambil pendapat majoriti sebagai keputusan untuk semua.
• Berkaitan dengan Islam, kerajaan, parti politik, intelektual dan elit budaya, IM percaya bahawa setiap orang harus mengambil bahagian dalam pembangunan dan pembaharuan dan menolak sebarang usaha meminggirkan individu atau persatuan mahupun peranan mereka. Mereka menerima kepelbagaian parti dan kebebasan untuk membentuk sebarang parti tanpa sekatan selagimana ianya masih dalam rangka perlembagaan negara. Mereka percaya dengan peralihan kuasa di antara parti dan kumpulan menerusi pilihanraya yang bebas dan adil kerana negara ini adalah milik bersama dan pembaharuan adalah tanggungjawab setiap individu.
• IM meletakkan isu Palestin sebagai satu keutamaannya dan menganggap isu ini adalah yang terpenting bagi ummah. Kesucian bumi Palestin dan kedudukan Masjid Aqsa di hati kita mengukur tahap kesetiaan kita kepada Islam dan bangsa Arab. IM tidak mengurangkan sedikitpun usaha untuk mengetengahkan isu ini agar ianya menjadi isu utama sistem pemerintahan dan ummah sehingga Palestin merdeka, InsyaAllah.
• IM bersungguh-sungguh menyokong negara Arab dan Islam serta menyokong pendirian mereka yang adil dan isu-isu penting mereka. IM tidak teragak-agak untuk menghulurkan nasihat kepada semua badan dan persatuan Arab atau Islam samada dalam bentuk yang rasmi mahupun secara umum. Mereka juga tidak pernah berhenti berkorban demi Ummah ketika mana diperlukan. Mereka menyeru negara Arab dan Islam untuk bersatu dan bekerjasama menentang projek penjajahan, hegemoni barat dan zionis, sepertimana mereka menyeru untuk kesatuan ummah dan menyelesaikan permasalahan di dalam dan di antara negara Arab dan Islam menerusi dialog dan bukan dengan senjata. Kami mengingatkan saudara kami di Yaman, Sudan, Somalia, Iraq, Lebanon, Afganistan dan Pakistan, bahawa satu-satunya jalan untuk memastikan keselamatan dan keamanan rakyat mereka adalah dengan berdialog dan bersetuju mengenai apakah jalan yang terbaik buat mereka.
• Pendirian kami terhadap sistem global yang dikuasai USA dan barat adalah sangat jelas. Kami tidak bermusuh dengan negara-negara barat, tetapi kami menentang sistem ini kerana ia menuntut demokrasi dan kebebasan untuk rakyatnya manakala menafikannya buat kami. Negara-negara barat menggunakan kekuatan ekonomi untuk mempengaruhi dan mengawal negara kami. Negara Zionis menuntut penghapusan dan penggantian nilai, budaya dan identiti Islam dengan nilai barat, yang mana akan merosakkan iman dan akhlak di negara kami. Kami menyeru ummah untuk bersatu menghadapi Zionis dan projek barat dan mengatasi segala perbezaan ideologi, menghentikan perkauman, dan menolak segala bentuk serangan atau penjajahan terhadap negara Arab atau Islam.
• Kami menuntut sistem global ini diubah menjadi adil dan benar dan terus bekerja ke arah keamanan dan kerjasama di antara bangsa-bangsa dunia dan menyebarkan nilai kebebasan dan keadilan di seluruh dunia. Seperti mana disebut di dalam hadis:
”Setiap kamu adalah anak cucu Nabi Adam, dan Adam dicipta dari tanah” (Hadis riwayat Al-Bazzar). Juga firman Allah:
”Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)” (al-Hujurat: 13). Juga hadis: ”Kaum Arab tidaklah lebih mulia dari yang lain dan begitu juga sebaliknya, orang yang berkulit hitam tidaklah lebih mulia dari yang berkulit putih dan begitu juga sebaliknya, kecuali dalam ketaqwaan” (Hadis riwayat At-Tabarani) .
Ikhwah dan akhawat,
Kita melihat masa depan dengan penuh harapan dan keprihatinan.
Harapan adalah slogan hidup mukmin yang benar. Dan ia merupakan bekalan di perjalanan yang panjang, maka kita terus beramal dengan segenap harapan. Kasih sayang dan ukhuwwah merupakan wasilah ikhwan menghadapi kesusahan. Sesungguhnya berputus asa bukanlah sifat mukmin dan berdiam diri bukanlah kualiti seorang mujahid. Keprihatinan kami adalah sama seperti rakyat Mesir, bangsa Arab dan muslim; umat manusia keseluruhannya juga berkongsi keprihatinan yang sama tentang masa depan dunia, yang diancam konflik, wabak dan penyakit, dan para saintis merasa kasihan terhadap dunia kerana pemanasan global, kemarau dan penggurunan. Keprihatinan kami juga terhadap masa depan dunia yang ditadbir dengan polisi kuasa besar yang ingin memimpin dunia secara unilateral selama dua dekad, di mana mereka menyangka mampu mengawal dunia. Namun, mereka dikejutkan dengan darah yang mengalir dan jasad yang bergelimpangan di sebahagian dunia Islam termasuk Afganistan, Iraq, Sudan, Somalia, Lebanon dan Palestin di tambah dengan krisis ekonomi yang tidak putus-putus serta manusia yang hidup dalam kerisauan dan rasa cemas terhadap masa depan mereka dan anak-anak mereka.
Ikhwah dan akhawat,
Rakyat Mesir, bangsa Arab, Muslim dan manusia sejagat meletakkan harapan yang sangat besar kepada anda, anda –dengan izin Allah- mampu untuk menggalas tanggungjawab ini; sejarah telah membuktikan berulang kali tentang kesabaran, ketabahan, ketetapan pendirian dan keberhasilan anda walaupun banyak khabar angin yang tersebar tentang anda.
Tawarkan kepada dunia; Islam yang sebenar, Islam yang membawa toleransi dan kesederhanaan, Islam yang menghormati kepelbagaian beragama, Islam yang menggalakkan saling mengenali dan bekerjasama untuk kebaikan manusia.
Laluilah semua jalan dan gunakan semua wasilah untuk menyampaikan dakwah Islam kepada manusia dan bersungguh-sungguhl ah; ”Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujah-hujah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh” (al-Furqan: 52).
Tetaplah berjihad dengan pernyataan-pernyata an, penulisan, pidato, lagu, filem dan drama, dan semua jenis seni yang terarah dan cara yang suci agar kebenaran Islam terserlah dan menolak segala bentuk syubhat. Slogan kita terdapat dalam ayat suci:
”Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk” (an-Nahl: 125).Dan firman Allah lagi:
”Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” (al-Ankabut: 46)
Didiklah diri anda dengan nilai dan etika yang murni, jadilah contoh buat masyarakat. Pimpinlah mereka ke jalan Allah dengan menjadi contoh yang baik dan dengan akhlak yang mantap. bekerjasamalah dengan semua pihak dalam membentuk peribadi dan menanam akhlak yang mulia.
Bekerjasamalah dengan mereka yang bekerja untuk kebaikan dan taqwa, bahkan bantulah sesiapa sahaja yang membawa kebenaran, mempertahankan iman dan memerangi kekafiran dan atheisme.
Perbetulkan dirimu dan rumahtanggamu, bersegeralah membuat kebaikan untuk membaiki masyarakat. Perhatikan nasib mereka yang ditindas di merata-rata tempat dan kembalikan hak mereka.
Kembalilah kepada Qur’an yang mulia dan Sunnah Rasulullah yang dijunjung, sirah kehidupan Rasulullah dan dan kehidupan manusia-manusia agung yang lain. Pelajari ia dan dapatkan pengajaran darinya dan perbaiki perjalanan kehidupanmu sentiasa dan sedarlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan amalmu dan bukan pada zahirmu. Pertolongan Allah sentiasa menanti, dan ianya amat dekat;
”Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.” (ar-Rum: 5)
”Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan) , maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” (at-Taubah: 105)
Dr. Mohammed Badee’,
Mursyid Ikhwan Muslimin ke-8
IUMelaka's Public Gallery
My Bookmarks
Salam Ukhuwwah
HPA Update
-
Facebook KOWAHIDA10 years ago
-
-
-
Kuliah kpj.13 years ago
-
-
-
Perjalanan Musafirku14 years ago
-
KONVEK 201015 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Kedah Sejahtera
-
Collaboration request11 months ago
-
Live Muktamar Pemuda PAS di Johor10 years ago
-
-
-
-
-
JoM saMa2 TaRBiAh diRi!! =)12 years ago
-
-
-
-
-
Info Terkini
-
-
WAKAF WANG TUNAI6 years ago
-
PAS Kawasan Miri7 years ago
-
Admin sudah Keluar PAS masuk Amanah9 years ago
-
-
MP PAS Sepang Bahas Bajet 201510 years ago
-
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH12 years ago
-
Jawatan Kosong di Jabatan Agama Johor13 years ago
-
-
Bicara Sahabat
-
Bebanan Hutang Dan Persahabatan3 months ago
-
-
-
-
-
-
Hati7 years ago
-
testing phishing gmail sign in page7 years ago
-
-
never8 years ago
-
-
-
-
-
Contoh dan Panduan EXAM PTD10 years ago
-
-
-
-
Confidential Document10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
bab 112 years ago
-
-
Logo Petunjuk Arah12 years ago
-
-
-
YAYASAN PROTON SCHOLAR'S 2011 =)12 years ago
-
Pengantin13 years ago
-
-
-
Perlawanan Liga MMU Divisyen 113 years ago
-
Kehidupan13 years ago
-
~Pokok~13 years ago
-
-
~AS-SYAM~14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
volley ,...14 years ago
-
-
-
MA'RIFATULLAH14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pemimpin Kita
-
-
Catatan Dhuha april 20195 years ago
-
Selamat Tahun Baru 20195 years ago
-
Video:The Dawn of A New Malaysia6 years ago
-
-
-
-
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN11 years ago
-
-
-
-
Labels
Live Traffic Feed
HPA MMU
IKIM.fm
Wp Theme by Promiseringsdesigns | Blogger Template by Anshul