:: mencari sinar ::

Motivasi buat diriku

1-Motivasi Diri – Bersangka Baik dengan Kritikan Negatif

Orang kritik kita sebab diorang nampak perbuatan kita salah pada pandangan mereka. Kita, jika tak ada orang kritik,selama itulah kita merasa apa yang kita buat dah betul walaupun pada hakikinya masih salah. Kita akan syok sendiri.

Kritikan negatif dapat memperbetulkan perbuataan kita. Kritikan membuat kita tahu apa cara yang betul.

Tak semua orang tahan dengan kritikan apatah lagi kritikan negatif yang membunuh semangat. Disebalik kritikan, ada ilmu-ilmu pengetahuan yang kita dapat gunakan untuk memajukan diri.

Syaratnya, kena banyak bersabar dan kena berani menerima kritikan. Jangan naik marah pula bila dikritik.

Turunkan ego dan sejukkan hati.

Kritikan memang boleh mengkondem motivasi kita tapi kalau kita tukar kritikan tu sebagai cara untuk kita belajar memperbaiki diri, kita akan menjadi semakin bersemangat bahkan semakin berani mendepani bermacam rupa kritikan, dari negatif sampailah ke tahap sangat negatif.

Elak untuk memandang negatif kerana kritikan kerana perbutan sebegitu akan melunturkan motivasi dalam diri kita. Biasanya, orang yang bermotivasi tak akan cepat naik marah bila dikritik.
2-Motivasi Kejayaan – Gabungkan Fikiran Positif dan Emosi Positif

Fikiran positif akan lebih memberi kesan apabila diiringi dengan emosi-emosi positif. Apa dia emosi-emosi positif? Rasa gembira, perasaan ceria, cinta, kesyukuran dan keseronokan.

Cuba test sendiri dalam sehari, kekalkan selama mungkin emosi-emosi positif ni. Anda akan perasan situasi di sekeliling Anda akan berubah sama. Kesannya, Anda akan ‘feel good’ sepanjang hari.

Dari pemerhatian saya, orang-orang berjaya sentiasa berfikiran positif kemudian sentiasa beremosi positif walau buruk cemanapun musibah yang muncul dalam hidup mereka. Sebab itulah mereka berjaya mencapai apa yang mereka matlamatkan dan apa yang mereka targetkan dalam kerjaya mereka.

Emosi-emosi positif mendorong mereka untuk bertemu dengan berbagai jenis kejayaan - dari kejayaan kecil sampailah kepada kejayaan besar, termasuklah kejayaan menyelesaikan berbagai jenis masalah.

Kita dapat mempelajari sesuatu hari ini. Kekalkanlah emosi-emosi positif dalam diri kita selama yang mungkin, sedalam yang mungkin.

Teruskan melatih diri untuk berfikiran positif supaya dengan gabungan kedua-duanya, kita dalam mencapai kejayaan dalam hidup kita. Moga kita mencapai apa yang kita hajatkan dalam apa yang kita usahakan selama ini.

Fikiran positif ada kuasanya tersendiri dalam merubah hidup. Fikiran positif ia menemukan kita dengan situasi-situasi positif dan orang-orang positif. Akhirnya akan membuat kita bertemu dengan kejayaan-kejayaan yang selama ni kita selalu idamkan.
3-Motivasi Kejayaan – Gabungan Fikiran Negatif dengan Emosi Negatif Membuat Kita Bertemu Pelbagai Masalah

Fikiran negatif adalah sangkaan buruk pada orang lain, pada apa yang mereka lakukan, pencapaian mereka dan sikap mereka. Fikiran negatif ada pada orang yang suka mengomplen, suka mengata dan suka bercakap hal-hal buruk orang.

Elak untuk berfikiran negatif. Elak untuk beremosi negatif seperti marah, geram, dendam, sakit hati, tertekan atau tak puas hati sebab kesannya amat teruk.

Emosi-emosi ni semua jika digabung dengan fikiran negatif akan membuat kita bertemu dengan situasi-situasi negatif dan orang-orang negatif yang akhirnya membuat kita bertemu dengan pelbagai masalah yang tak ada hentinya. Mungkin juga kita akan ditemukan dengan kegagalan-kegagalan yang tidak berkesudahan.

Kita tak nak macam tu..kita nak mencapai kejayaan dalam hidup, bukan permasalahan.

Fikiran negatif kerjanya memusnahkan – memusnahkan usaha-usaha kita, kerajinan kita dan kejayaan-kejayaan kita sama ada kejayaan besar atau kejayaan kecil yang kita dah bina. Ada orang yang dah berjaya, kejayaannya hilang musnah sedikit demi sedikit sebab dia berfikiran negatif simply dengan beremosi negatif. Hidupnya pula dilanda masalah-masalah yang tak berhenti munculnya.

Kita sebagai manusia sangat beremosi memang mudah dihinggapi emosi-emosi negatif sebab orang disekeliling kita ramai yang macam tu. Kita mudah untuk terperangkap dengan emosi-emosi negatif. Sebab itulah kita mesti bijak kawal emosi, berusaha kekalkan rasa gembira, berusaha membuat diri kita ‘feel good’ sepanjang hari supaya kita ditemukan dengan situasi-situasi menggembirakan seperti yang kita mahukan selama ini.

Bila kita gembira sentiasa, kita akan mudah mencapai apa yang kita hajatkan. Jadi, berusahalah menggembirakan diri sendiri.

Kekalkan keseronokan bekerja, kekalkan rasa bahagia di dalam hati kita, kekalkan rasa bersyukur pada Allah Yang Maha Esa, nikmati rasa cinta yang mekar berbunga di sanubari kita supaya kita terhindar dari emosi-emosi negatif.

Sumber : http://motivasikejayaan.com/

0 comments:

Post a Comment