:: mencari sinar ::

Kata-Kata Pak Supir di Aceh

Saya cukup teringat-ingat kata pemandu bas ketika di Acheh dulu, Kata- kata yang menjadi prinsip hidupnya. Dia dahulu adalah seorang pengedar dadah, anggota GAM , kaki pukul dan terlibat dangan gejala-gejala lain lagi.


"Lebih Baik menjadi bekas orang jahat daripada menjadi bekas orang baik."

Simple, tapi besar pengertiannya.
Hidayah milik Allah, sesiapa saja bisa berubah.

Marilah kita berdoa agar tidak dibolak-balikkan hati dan iman kita.Semoga Allah tetapkan kita pd jalanNya.

"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku di dalam agamaMu dan mentaatiMu"

4 comments:

Hanif Amir said...

Salaam.

Zulfaz, saya setuju dengan Pak Supir. Cuma sedikit ralat kerana masih ramai orang yang belum berstatus "bekas orang jahat" mahu menjadi orang jahat. Adakah terlalu sukar untuk menjadi orang baik?

Apapun, pemerhatian sdra cukup baik. Dalam obsesi orang mengambil quotes daripada filem Laskar Pelangi, sdra kelihatan lebih teruja dengan Pak Supir. Tahniah! Kebijaksanaan adalah barang yang hilang, kutiplah ia di mana-mana pun kalau terjumpa!

~ZuLhAiRi~ said...

salam 'alayk...

benar, setuju sekali dengan anak muda, pemerhatian saudara sangat baik...tetapi lebih elok rasanya jika menjadi " orang baik yang menjadi lebih baik "...jika mampu...:)

p/s : anak muda mengatakan org obses dengan laskar pelangi, namun beliau sendiri obses dengan chairil anwar, lanang, dan apa lagi nama2 indonesi...:D....

* Agenda Anak Muda Mengindonkan IU akan ditentang habis habisan oleh pihak Wadi al Qurra'...:p

amirunnajah said...

hmmm, pak supir itu berkata demikian sebagai prinsip dirinya, setelah apa yg beliau hadapi,
kata-katanya boleh disesuaikan oleh sesiapa saja, pointnya bukan kna jadi jahat dahulu,then baik,

yang bagusnya,hari ini lebih baik dri smlm, esok lbe baik dri hari ini...

juga kna ingat, kita akan sentiasa di uji,samada kita benar2 beriman...

semoga kita dapat mempertingkatkan amalan kebaikan kita...amin

Hanif Amir said...

Wadi Qurra', selagi punya akidah yang sama, apa bezanya mengINDONkan IU atau mengIUkan Indon kan? Yang penting, mesti ada permit yang sah!:p

p/s:Lintang! Bukan Lanang!

Post a Comment