:: mencari sinar ::

MEMBIJAKKAN BANGSA DENGAN MEMBACA


Jumpa kami di sana!


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 atau singkatannya KLIBF 2010, akan diadakan pada 19 - 28 Mac 2010 nanti. Dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan (MBKM), bersama-sama dengan Majlis Industri Buku Malaysia yang terdiri daripada pemain utama industri buku tempatan. KLIBF tersenarai sebagai acara-acara utama dalam kalendar penerbitan global. Kini, KLIBF 2010 memberikan kesempatan untuk bertemu dengan penerbitan tempatan dan masyarakat antarabangsa.

Lebih daripada 1 juta pengunjung menghadiri KLIBF setiap tahun. Ini adalah tempat yang tepat bagi para pecinta buku untuk mendapatkan buku-buku terbaru dan promosi daripada penerbit di seluruh dunia. Mempamerkan buku, seminar, konvensyen, dan banyak kegiatan lain di lokasi yang sesuai semua peringkat masyarakat.

Apa yang baru di KLIBF 2010?

Untuk KLIBF 2010, kami akan mengadakan sebuah "Trade & Copyright Centre", didedikasikan khusus untuk perdagangan asing dan tempatan peserta pameran dan pengunjung untuk menggalakkan pertukaran dan pengedaran penerbitan hak untuk kepentingan industri buku tempatan.

Trade & Copyright Centre terletak di Tun Razak Hall 2 (seberang sungai) dan dibuka selama 5 hari kerja dari KLIBF (Isnin 22st - Jumaat 26th). Pembukaan jam 10:00-7:00. Hanya 'pengunjung perdadangan' dibenarkan akses kepada kawasan perdagangan.


KLIBF 2009 Fakta & Angka

Kategori buku:
Umum, Falsafah & Psikologi, Agama, Sains Sosial,
Bahasa, IPA & Matematik, Teknologi, Seni,
Sastera, Geografi & Sejarah

Penyertaan:
124 penerbit tempatan
29 penerbit asing

Negara:
Australia, Brunei, Mesir, India, Indonesia, Iran, Laos, Filipina, Turki, Inggeris, USA, Vietnam

No of Booths: 665
Bilangan Pengunjung: 1.5 juta pengunjung

Rekod pengunjung:
KLIBF 2006 - 700,000 pengunjung
KLIBF 2007 - 1.000.000 pengunjung
KLIBF 2008 - 2.200.000 pengunjung


Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, Malaysia

Luas lebih dari 1.7 juta meter persegi dengan 253.000 meter persegi ruang pameran, Putra World Trade Centre (PWTC) dikenali kerana tahap kualiti perkhidmatan peribadi dan pendekatan yang fleksibel untuk acara pengurusan, sehingga popular dengan acara penyelenggara dan penganalisis pertemuan serupa.

Sinonim dengan PWTC Kuala Lumpur International Book Fair, dan pernah menjadi tempat rasmi selama bertahun-tahun dan untuk tahun 2010, Tun Razak Hall 2 (seberang sungai) akan digunakan sebagai peluasan ruangan pameran yang biasa disebabkan oleh permintaan yang luar biasa 29 KLIBF.


Para Penganjur: MBKM & MBIC

Majlis Buku Kebangsaan di Malaysia atau MBKM (dahulu dikenali sebagai Majlis Pembangunan Buku Nasional) ditubuhkan pada tahun 1968 dengan tujuan mempromosikan budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia, selain menggalakkan pembangunan dan penggunaan buku-buku di negeri ini. Adalah dewan penasihat profesional dan buku tubuh dalam pembangunan di Malaysia, yang mempunyai sokongan penuh daripada kerajaan dan sektor swasta yang terlibat dalam perkembangan industri buku sosial dan kepentingan nasional.

Sebagai badan non-profit, yang sumber pendapatan terutamanya daripada perkhidmatan, belanjawan operasi tahunan dan daripada sumbangan swasta. Antara lain, tujuan utamanya untuk mempromosikan profesionalisme dalam industri buku, menyelaras kegiatan pembangunan buku, menggalakkan kebiasaan membaca, dan memudahkan rundingan di antara pihak-pihak yang terlibat dalam produksi dan konsumsi buku.

INFO LANJUT: http://www.kualalum purbookfair. com/ & KLIBF's Facebook

Sumber : Fauzi Sabri

Note :
* PTS akan menawarkan kupon 25 % kepada fan PTS Book. Untuk memuat turun kupon diskaun PTS, anda boleh melayarai laman web www.pts.com. my/pestabuku.

"Jom mengembara di lautan buku"


“Kebangkitan Islam bukannya menanti keredhaan orang kafir dan munafiq, tetapi Islam bangkit di tengah-tengah kekafiran dan kemunafiqan”

Karaoke Time......

Ukays: Bila Diri Disayangi



Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu
ALLAH

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
Keagungan Kasih merubah takdir

(korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri

Bila HATI berjuang kerana ALLAH, dugaan itu tempat bersinggah, keperitan ditelan sebagai juadah, kejayaan dianggap satu mimpi indah. Andai ditakdirkan rebah, HATI tetap redha kerana ALLAH sematkan tabah dan mujahadah menempuh tiap lurah... Tiap agendaNya punya hikmah, agar hati disinggah indahnya kasih Allah.

SEBAB HERBA TIDAK BERKESAN


Mungkin ada sesetengah daripada kita yang mengambil herba bertanyakan soalan ini samaada dalam diri,kepada teman dan keluarga. Usah risau, berjumpalah dengan herbalis anda, pasti anda akan dapat jawapan bagi persoalan anda. Bagi anda yang baru mengambil herba sebaik-baiknya anda berjumpa dengan herbalis untuk mendapatkan cadangan, rundingan, kaedah pengambilan herba yang betul supaya herba yang diambil berkesan malah tidak memudaratkan diri anda. Seperti juga kita berjumpa doktor, untuk mengetahui kaedah pengambilan ubat dalam kuantiti yang betul dan masa yang tepat serta mengikut peraturannya.

Seorang herbalis terlebih dahulu perlu tahu tentang karakter pesakit semasa mencadangkan ubat yang diambil supaya proses penyembuhan dan konsultasi berlaku dengan baik. Langkah ini penting kerana dari segi psikologinya,setiap manusia akan memberikan respon yang baik jika dia merasa selesa dengan perawatnya.

SEBAB-SEBAB HERBA TIDAK BERKESAN

MASALAH “MIND SET”

Percaya atau tidak kita sudah diprogramkan untuk mempercayai keajaiban ubatan kimia yang memberikan kesembuhan yang cepat. Ubatan herba tidak lagi mendapat tempat setelah kehebatan ubatan kimia yang sinonim dengan panggilan ubatan moden dan herba dikenali sebagai ubatan tradisional telah membantu melonjakkan lagi kepercayaan terhadap ubatan ini. Jadi masih ramai diantara kita yang mempunyai perasaan ragu-ragu dan seolah-oleh terpaksa apabila disyorkan ubatan ini. Maka secara automatik ubat herba yang diambil tidak berkesan apabila otak kita telah setkan bahawa ubat herba ini tidak dapat mengubati penyakit kita.

TEKANAN ATAU STRESS

Tahukah anda jika anda stress atau tertekan, anda telah memusnahkan vitamin C yang ada dalam badan anda,kerana itulah orang yang stress akan kelihatan cepat tua. Bukan itu sahaja herba tidak dapat bertindak balas dengan baik kerana wujudnya tekanan-tekanan dalam diri. Kelenjar Adrinalin dalam tubuh akan mengeluarkan hormon kortisol yang akan meningkatkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah dan menurunkan tindak balas imuniti(pertahanan)badan. Akibatnya berlaku malabsorption (tiada penyerapan) terhadap nutrien yang masuk ke dalam tubuh. Jadi sebarang herba yang masuk tidak dapat bertindak balas untuk memberikan manafaat kepada kita.

PENGAMBILAN AIR YANG TIDAK MENCUKUPI

Herba gagal berfungsi tanpa air yang mencukupi dalam badan. Air seperti pelincir kepada badan kita. Ramai juga beranggapan pengambilan air mereka mencukupi kerana telah meminum air kopi radix,air kordial Rossele atau apa-apa air yang lain dalam kuantiti yang banyak sepanjang hari,sedangkan tubuh kita lebih banyak memerlukan air putih untuk membantu pergerakan nutrien dalam badan,pengawalan suhu badan,pencernaan dan semua aktiviti badan.

Kenyataan ini bukan bermakna anda perlu mengurangkan pengambilan air kegemaran anda, tetapi anda perlu tahu bahawa air berwarna atau bercampur bahan lain seperti kopi atau apa saja akan diproses seperti makanan pepejal yang kita ambil contohnya nasi, mee, roti dan sebagainya. Pengambil herba perlu mengambil sekurang-kurangnya 2 liter untuk perempuan dan 2.5 liter untuk lelaki dalam sehari. Bagi pengambilan herba diuretic(mengaktifkan buah pinggang untuk pengeluaran air kencing) keperluan air putih sangat perlu dititik beratkan. Keperluan ini semakin penting dengan berlaku peningkatan suhu dunia yang semakin panas.

PENGAMBILAN YANG TIDAK BERTERUSAN

Seperti yang anda semua sedia maklum,herba bertindak balas agak lambat berbanding ubatan kimia. Proses pemulihan juga berlaku dengan lambat dan berperingkat. Kerana setiap penyakitan yang berlaku dalam badan kita juga terbentuk daripada satu proses yang lama contohnya sakit asthma,penyakit ini bermula dengan peradangan paru-paru hingga menghasilkan mucus yang banyak,pengecutan brokiol akhirnya mengganggu pernafasan hingga mencetuskan penyakit ini. Ia terbentuk dalam satu tempoh masa yang lama,jadi secara logiknya sistem penyembuhan juga mengambil masa yang lama. Inilah keistimewaan herba yang akan memulihkan hingga kepada punca penyakit bukan kepada simptomnya. Jadi, kesabaran dan istiqamah adalah sangat perlu bagi pengambil herba.

PENGIKATAN DAN PEMBUANGAN

Ini merujuk kepada kaedah pengambilan herba yang salah ataupun pengambilan herba bersama ubat-ubatan lain boleh membentuk ikatan kimia yang tidak dapat diuraikan dan terus disingkirkan oleh tubuh. Perlu diingat bahawa herba mempunyai dinding solulose yang menyimpan khasiat herba,jadi untuk menguraikannya perlu melalui proses sinergi,rebusan dan lain-lain. Di dalam Perubatan Jawi kita memberikan teknik-teknik untuk untuk menggunakan herba dengan lebih berkesan,kerana itulah sangat penting bagi pengamal herba untuk mengetahui cara pengunaan herba yang betul. Contohnya, pengambilan shark cartilage tidak boleh diambil dengan herba yang lain kerana herba ini bersifat fat bonding dan akan menyingkirkan racun yang masuk ke badan termasuk herba yang masuk bersama.

DOS YANG TIDAK MENCUKUPI

Dos yang mencukupi akan memberikan isyarat kepada badan seperti peningkatan suhu badan dan sengal-sengal tubuh. Ini menunjukkan tindakbalas herba yang mencukupi dengan keperluan tubuh. Jika dos yang diambil tidak mencukupi,ia tidak
akan memberi kesan kepada tubuh. Ukuran dos untuk pengambilan herba adalah berdasarkan berat badan 10kg bersamaan 1 gram herba (mengikut herba yang diambil).

MEROKOK
Merokok adalah penghalang kepada keberkesanan herba di dalam badan anda. Herba tidak dapat memulihkan diri pesakit andai racun terus ‘dimasukkan’ke dalam badan. Bayangkan asap rokok sahaja mengandungi lebih 4000 jenis bahan kimia yang sangat merbahaya baik kepada perokok,mahupun penghidu(perokok pasif).

Sumber: Herbalis-Jawi.blogspot.com

The use of evidence is an essential part of an effective presentation. A question often in the mind of audience members, albeit one that may seldom be expressed, is, "Why should I believe you?" It is not the audience's responsibility to be convinced, rather, it is responsibility of the presenter to convince the audience. The greatest tool with which we might do this is the evidence we've discovered that made us believers in the first place. This list provides a great model for the successful delivery of any such information that may help sell your case and conviction:

** Demonstrations
** Examples
** Facts
** Exhibits
** Analogies
** Testimonials
** Statistics

“When we are dealing with people, let us remember we are not dealing with creatures of logic. We are dealing with creatures of emotion, creatures bustling with prejudices and motivated by pride and vanity.”- Dale Carnegie

What is it that inspires you to do your best work? Have you considered what things might be fueling the work of your employees/coworkers ? Although unique to each worker, professional drive has a basic core to which everyone can relate. Discover your essential similarities, and use this knowledge to inspire others to cooperate, instead of mandating that they do so.

* Don't dictate -- inspire
* Don't direct -- win people to your way of thinking
* Begin with praise and honest appreciation
* Build morale and earn loyalty
* Ask questions instead of giving direct orders
* Give the other person a fine reputation to live up to