:: mencari sinar ::

Perbincangan Ringkas Berkenaan Islam & Demokrasi


Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Persoalan semasa yang seterusnya adalah berkisar berkenaan Demokrasi iaitu adakah Islam menerima demokrasi atau ia bertentangan dengan Islam secara total?

Sebuah Hadith menyatakan :
الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها

Mafhum : "Kebijaksanaan adalah seperti barang tercicir bagi umat Islam, lalu dimana muslim menjumpai kebijaksaan, maka mereka yang paling layak untuk mengambilnya" [1]

Islam sentiasa berpendirian terbuka dalam setiap pekara-perkara baru, penelitian yang terperinci akan dilakukan bagi memastikan adakah ia terkandung dalam bidang hukum haram, halal, harus atau sebagainya. Antara dalil sokongan yang membuktikan bahawa Islam menuntut penelitian dan penerimaan dibuat terhadap sesuatu idea baru (sebelum menerima dan menolaknya), walaupun ia datang dari luar Islam adalah seperti berikut :-

1) Pengakuan dan pengesahan Nabi SAW terhadap anjuran Syaitan kepada Abu Hurairah r.a agar membaca Ayat Kursi bagi mengelakkan diri dari gangguan Syaitan. Nabi bersabda :

صدقك وهو كذوب ذاك الشيطان

Ertinya : “Ia telah berkata benar, pdahal ia terlalu amat banyak berbohong , itulah Syaitan” [2]

Saidina Ali KW pula pernah berkata : “Ilmu adalah barang hilang dari mukmin, ambillah ia walau dari si musyrik “ [3]

2) Kisah Nabi Allah Sulaiman yang menerima maklumat dari burung Hud Hud [4] dan lain-lain.

Justeru, dalam masalah sistem pemerintahan cara demokrasi yang merupakan kaedah pemerintahan yang sangat meluas kini. Sebarang penerimaan atau penolakkannya mestilah merujuk kepada intipati system tersebut. Berikut adalah perbincangan ringkas mengenainya:


CIRI UTAMA DEMOKRASI DAN PENDIRIAN ISLAM TENTANGYA

1) Pemerintah dari kalangan rakyat.

Asas ini diterima oleh Islam sebagaimana Sabda Nabi SAW :

خيارأئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم وتصلون عليهم ويصلون عليكم وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم و يلعنونكم

Mafhum : Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu sukai, dan mereka( pemimpin) juga menyukai kamu, kamu mendoakan mereka, begitu juga mereka, manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka juga benci kepadamu, kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu” (Riwayat Muslim)

Begitu juga dengan hadith [5] :

ثلاثة لا ترتفع صلاتهم فوق روؤسهم شبرا..وذكر أولهم..( رجل أم قوما وهم له كارهون) - رواه ابن ماجه

Mafhum : “Tiga kumpulan yang tidak diangkat solatnya walapaun sejengkal di atas kepala mereka, …disebut pertamanya, lelaki yang mengimamkan kaum, dalam keadaan kaum membencinya”

Jelas dari hadith tadi, Islam juga menitik beratkan kepimpinan rakyat yang disukai oleh rakyat, justeru realiti semasa bagi mengetahui kesukaan rakyat kepada seseorang pimpinan adalah melalui kaedah pengundian.


2) Pemerintah bekerja untuk rakyat.

Pemerintah bekerja untuk kebaikan rakyat. Ciri ini juga telah diterima oleh Islam sebagaimana konsep kepimpinan dalam Islam, dimana pemimpin hakikatnya menjadi petugas yang bersusah payah bagi kebaikan rakyat. Di sebut di dalam sebuah Hadith :

سيد القوم خادمهم

Mafhum : “Pemimpin kaum adalah org yang berkhidmat (khadam) bagi kaum.” [6]

Khalifah Abu Bakar as-siddiq, berkata : Wahai manusia, aku bekerja untuk keluargaku maka aku mencari penghasilan untuk makanan mereka, sekarang aku bekerja untuk kamu, maka tetapkanlah buatku dari Baitul Mal kamu” [7]

Khalifah Uthman ra juga pernah menegaskan bahawa : “ Urusan aku adalah menuruti urusan kamu”

Abu Muslim al-khawalani, seorang faqih tabi’ein masuk menemui Muawiyyah ra. lalu berkata :

السلام عليكم أيها الأجير

Mafhum : “Asallamualaikum wahai org gaji”

Malah pemimpin Islam bertanggung jawab menyelamatkan rakyatnya dengan memberikan bantuan apabila mereka dalam kesusahan sebagaimana firman Allah dalam ayat 33, Surah al-Maidah. Malah kewajiban utama para pemimpin Islam adalah memberikan nasihat-nasihat keagamaan terhadap rakyatnya sebagaimana disebut di dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang masyhur. Tugas mereka juga adalah untuk menguatkuasakan undang-undang bagi mencegah keburukan dunia dan akhirat dari menimpa rakyatnya.

Sabda Nabi SAW :

عن معقل بن يسار قال: سمعت النبي(ص) يقول: ما من عبد استرعاه الله رعية فلم يحطها بنصيحة إلا لم يجد رائحة الجنة

Mafhum : “Tiada seorang manusia pun yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian ia tidak memberikan nasihat Islam (kepada rakyatnya) kecuali tiadalah ia mendapat cium bauan syurga” ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) [8]

Sebuah hadith lagi menyebut : الناس على دين ملوكهم

Ertinya : “Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agam pemimpin mereka” [9]

Cuma perbezaan terzahir jika dilihat dari cara kerja pemimpin dalam sistem Islam dan demokrasi. Pemimpin dalam system Islam bekerja untuk rakyat kerana Allah manakala pemimpin demokrasi tidak bekerja untuk Allah pada konsep asalnya tetapi bebas menurut pengamal demokrasi tersebut.

3) Suara majoriti adalah terpakai.

Asalnya Islam tidak meletakkan suara majoriti sebagi pemutus dalam semua pekara. Ia tidak tepakai dalam perkara-perkara thawabit [10]. Perkara thawabit juga tidak boleh berubah menurut zaman dan masa, ia adalah perkara yang mesti dilakukan serta tiada ruang ihtimal. Manakala perkara mutaghayyirat adalah perkara dari Nusus Zanniyyah seperti Nas umum (menurut jumhur), lafaz bersifat Mutlaq terutamanya dalam perkara ijtihadiyyah dan baru [11]. serta perkara-perkara bersifat strategi kepimpinan dan politik yang tiada nas qati’e.

Firman Allah SWT :

وإن تطع أكثر من في الأرض يضلوك عن سبيل الله إن يتبعون إلا الظن وإن هم إلا يخرصون

Mafhum : “Sekiranya kamu mentaati majority di atas muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu, mereka tiada menurut kecuali sangkaan…” ( Al-An’am :116)


Justeru, Islam menerima suara majority dalam hal ‘mutaghayyirat’ tetapi dengan syarat-syarat tertentu, menurut keadaan dan maslahat seperti hanya undian di kalangan ‘ ahl al-hal wal al-‘aqd ’ [12] atau dalam menentukan bentuk-bentuk tindakan dan bukannya bersifat hukum. Juga dalam urusan melantik pimpinan atau juga urusan kemaslahatan rakyat seperti membina lebuh raya dan menetapkan cukai tol.

Ini bermakna unsur ini juga diterima oleh Islam, cuma dalam ruang lingkup yang terhad, ini kerana aqal manusia tidak mampu mengetahui seluruh kebaikan untuk manusia, hanya Allah swt yang mengetahui kebaikan sebenar untuk manusia. Perlu di ingat bahawa Allah tidak menafikan fungsi aqal dalam menentukan tindakan terhadap perkara baru selagi mana tidak melanggar nas atau ‘maqasid syariat’.

4) Rakyat diberi hak kebebasan sewajarnya.

Islam juga mengiktiraf kebebasan individu samada dalam menegur pemerintah, kerjaya yang halal, beragama dan mengamalkan, pemilikan harta dan banyak lagi. Bagaimanapun demi menjaga ketenteraman manusiawi samada rohani dan jasmani maka kebebasan yang dianjur oleh Islam mempunyai batasannya. Secara ringkas batasannya terkandung dalam 5 perkara dharuriyyat [13] :

i. Aqidah : Bermakna disekat kebebasan bagi keluar atu menggugat aqidah Islam samada murtad atau memerangi Islam. Juga tidak dibenarkan merosakkan aqidah umat.

ii. Nyawa : Kebebasan Islam tidak membenarkan membunuh tanpa hak, membunuh diri, menyakiti individu lain tanpa hak, maka tidak dibenarkan juga menyerang sesama manusia tanpa sebab.

iii. Aqal : Kebebasan Islam tidak membenarkan umatnya merosakkan aqalnya samada dengan meminum arak, dadah atau apa jua yang memabukkan, tidak juga bebas melihat atau melakukan sesuatu yang boleh merosakkan aqal.

iv. Keturunan/Maruah: Kebebasan Islam juga tidak membenarkan mencabul kehormatan sesama manusia, tidak juga dibenarkan berzina, menuduh zina tanpa saksi, mengumpat, memfitnah, dan mencari-mancari kesalahan manusia.

v. Harta : Kebebasan Islam tidak membenarkan merampas harta, curi, rompak, memeras, menipu, menindas secara riba dan seumpamanya.


Lalu, secara teori umum, Islam menerima kaedah ini tapi diperincikan bersama pengecualian-pengecualian demi kemaslahatan manusia.


5)Rakyat berhak menegur kepimpinan yang silap serta berhak menjatuhkannya.

Item ini jelas, bertepatan dengan Islam, ia bertitik tolak dari kepimpinan adalah amanah dan tangung jawab, sebarang penyelewengan mesti ditegur oleh rakyat. Rasulullah sendiri menerima pandangan dann teguran para sahabat dalam beberapa persitiwa yang terkenal antaranya, teguran Al-Habbab Ibn Munzir dalam menentukan kubu terbaik dalam peristiwa perang Badar, begitu juga teguran suad dalam kes ditolak dengan busar oleh Rasul dan banyak lagi.

Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur[14]:

وليت عليكم ولست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني و...أطيعوني ما أطعت الله ورسوله فإذا عصيت الله فلا طاعة لي عليكم

Mafhum : “Sesungguhnya aku hanya dilantik dr klgn kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, maka apabila aku menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kepadaku”

Islam mempunyai sikap tegas terhadap para pemerintah zalim dan bersifat autokratik atau diktator. Sabda Nabi SAW [15]:

أشد الناس عذابا يوم القيامة إمام جائر

Mafhum : “Sekeras2 manusia yang dikenakan azab di akhirat kelak adalah pemimpin yang zalim”

Bagaimanapun rakyat yang ingin menegur pimpinan negara Islam seeloknya menjaga adab-adab teguran yang sesuai tetapi jika ia tidak diendahkan, Islam membenarkan pimpinan tersebut diturunkan kerana ia dianggap kepimpinan negara Islam yang menyeleweng, demikianlah pandangan Syeikh Sa’id Hawwa di dalam kitabnya Jundullah hlm 380. Beliau juga menambah bahwa proses menurunkan perintah itu boleh dibuat secara aman. Prof. Dr. Muhd Salam Madkur[16] menegaskan adalah suatu kewajiban untuk menurunkan pemimpin fasiq dengan syarat kita mempunyai bukti tentang kefasiqan serta pemimpin tersebut tidak lagi boleh diberi nasihat. Demikian juga pandangan Imam Abu Hanifah[17], Imam al-Qurtubi[18] , Imam Abu Hamid al-Ghazali[19] (505 H) , Imam as-Syawkani[20] (1255 H) dan Dr. Yusoff Al-Qaradhawi[21].

Manakala Abu Yu’la al-Farra al-hanbali [22] menuruti pandangan Imam Ahmad Hanbal yang tidak menentang dan menjatuhkan khalifah Makmun dan Mu’tasim. Imam Al-Mawardi ( 450 H) menyebut dalam sesebuah negara Islam yang menyeleweng seorang khalifah itu boleh diturunkan jika berlaku kezaliman dan fasiq[23].

Imam an-Nawawi pula dalam mensyarahkan hadith muslim, “Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya (dengan senjata) adalah haram dengan Ijma’ al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti di dalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan? Kata para ulama? :” Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.?

Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: “ Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam. [24] (Syarah Sohih Muslim oleh an-Nawawi, jld 12)

Ad-Dawudi pula menyebut: “yang menjadi pegangan para ulama, mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar” (Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

Ibn ‘Atiyyah pula menyatakan : “As-Syura adalah prinsip syariah, mana-mana pemimpin yang tidak ber’syura’ bersama ahli agama, maka menjatuhkannya adalah WAJIB” [25]


Maka kaedah Pilihanraya yang ada pada hari ini tanpa syak lagi, adalah suatu kaedah yang berkesan untuk memecat pemimpin zalim dan mengabaikan tanggung jawab Islam dengan aman, tanpa fitnah dan pembunuhan. Selain itu, wajib pula berusaha mengubah kemungkaran melaluinya.


Rasulullah SAW juga telah menyatakan keharusan merebut kekuasan dari pimpinan sebagaimana hadithnya :

دخلنا على عبادة بن الصامت وهو مريض قلنا أصلحك الله حدث بحديث ينفعك الله به سمعته من النبي صلى الله عليه وسلم قال دعانا النبي صلى الله عليه وسلم فبايعناه فقال فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن ترو كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان

Mafhum : Kami telah berbai’ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbai’ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah’ (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbai’ah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. [26]


Jelas dari hadith di atas tahap untuk kesabaran dan tindakan yang perlu diusahakan oleh individu Islam terhadap pemerintah mereka yang terang-terang melakukan maksiat serta menggalakkannya. Dalam hal ini, pilihanraya adalah salah satu medan yang terbuka demi menunaikan tanggung jawab tersebut. Saya tidak mengtaakan ianyaa adalah satu-satunya jalan, tetapi ia adalah salah satu jalan yang boleh diguna pakai demi mencapai matlamat besar Islam. Wallahu a’lam.


--------------------------------------------------------------------------------
[1]. Riwayat At-Tirmidzi, no 2687 ; Hadith ini lemah dari sudut sanad ; Syeikh Nasirudin al-Albani menyatakan bahawa hadith ini sangat lemah ; bagaimanapun menurut Al-Qaradhawi, maksud hadith adalah tepat dan disokong oleh dalil-dalil shohih dari al-quran dan hadith lain. Justeru, ini boleh dipegang (Lihat : Thaqafatuna ; Bayna al-Infitah wal Inghilaq , hlm 41)
[2]. Riwayat al-Bukhari , no 3101
[3]. Riwayat Ibn Abd Barr, Jami’ Bayan al-Ilm , 1/121
[4]. Surah an-Naml : ayat 20-22
[5]. Al-Bushairi berkata di dalam ‘al-zawaid’: sanadnya shahih dan para rijalnya thiqah, juga riwayat Ibn Hibban. Diriwayatkan dr Ibnu Abbas ra
[6] Misykatul al-Masabih, At-Tabrizi , no 3925 ; Kanzul ‘Ummal, Al-Muttaqi Al-Hindi , no 17516 ; Tarikh Bagdad, Al-Khatib, 10/187 ; Arbai’en as-Sufiyyah, Abu Nuaim ; Kasyful Khifa’ , Al-‘Ajlouni , 1/561 ; Albani mengatakan hadith ini Dhoif, ms 487
[7]. Musykilatuna al-Dakhiliyyah fi Dhaw I al-Nizam al-Islami, Imam Hasan al-Banna, Darul Andalus, Beirut, hlm 360
[8]. Riwayat Bukhari dan Muslim, Lihat al-Lu’lu’ wa al-Marjan no 1200 hlm 469
[9]. Al-Asrar al-Marfu’ah , Ali al-Qari , hlm 367
[10]. Ia adalah perkara2 yang dinaqalkan secara qat’ie dr nusus al-quran dan sunnah serta thabit dengan ijma’ seperti perkara aqidah, ghaibiyyat, amar makruf nahi mungkar, menegakkan keadilan, menyebarkan ilmu, menjaga 5 perkara dharuriyat Islam dll.
[11]. Ia seperti mengumumkan peperangan, menentukan cukai, isytihar darurat, had tempoh Presiden,peraturan jalan raya, pembinaan kilang dsbagi. Begitu juga dalam hal menggunakan pilihanraya, demontrasi, dalam menegakkan dawlah Islam. Jelasnya ia tiada nas syarak yang melarang secara qat’ie.
[12]. Iaitu kumpulan berkelayakan seperti ahli majlis syura di zaman Nabi yang dilantik dr kalangan mereka yang berkelayakan ilmu dan pengalaman. Imam Hasan al-Banna meletakkan 3 kumpulan manusia yang layak menduduki jawatan ini iaitu Ulama’, Pakar dalam sektor awam dan ketua-ketua qabilah, kampung atau pemimpin kecil masyarakat.
[13] Al-Muwafaqat, As-Syatibi ; Al-Mustasfa, Al-Ghazzali ; Qawaid Al-Ahkam fi Masalih al-Anam, Izzuddin Abd Salam
[14]. Turuq hukmiyah, Ibnu Qayyim dan Kanzul Amwal, Abu Ubaid al-Qasim hlm 11
[15]. Minhaj as-Solihin, hlm 444
[16]. Ma’alim al-Dakwah al-Islamiyyah, hlm 290. Beliau merupakan seorang Profesor di Universiti Kaherah suatu ketika dahulu.
[17]. Abu Hanifah, Muhd Abu Zuhrah, hlm 9-10
[18]. Al-Jami’ li ahkam al-Quran, jld 1, hlm 232
[19]. Ihya’ ulumiddin, hlm 179
[20]. Nailul awtar, Jld 7, hlm 185
[21]. Min Fiqh ad-Dawlah fil Islam, Dar as-Syuruq, Beirut, 1997, hlm 126
[22]. Al-Ahkam as-Sultaniyyah, Abu Yu’la al-Farra, Mustapa bab al-halabi, 1987, hlm 22 dan lihat juga Imam Ahmad Ibn Hanbal oleh Syeikh Muhammad Abu Zahrah
[23]. Al-Ahkam as-Sultaniyyah, Al-Mawardi, hlm 27
[24]. Fathul Bari, Ibn Hajar Al-Asqolani, Dar Al-Fikr, Beirut, 14/498
[25]. Tafsir Al-Qurtubi, 4/249
[26]. Riwayat al-Bukhori, no 7199, Muslim no. 1836






IU Dinner 2010






4 days in Kedah...



4 hari pulang Kedah.Seronok dok di Kedah, aman sentosa dibawah pimpinan kerajaan Negeri.Hari pertama, kami adik beradik p lelong baju kat pasar malam.X dak planning yg terancang sampaikan lampu, meja, payung smua x bawak. Hampaq tikaq, then luggok baju2 then terus lelong. Banyak jugak dapat.Alhamdulillah.

Then, hari kedua dan ketiga,sibuk dgn konvo adik,Basirah di Jitra. Ni beberapa kenangan sekitar konvo.



Proton Team Building










allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="400" height="224">

Kenduri Kesyukuran Makcik Shima - 1 Mei 2010



Anak-anak makcik Shima


Anak-anak yatim Acheh

Takutnya Futur

Salam,

Pagi ni saya akn join rakan-rakan Peuhaba Acheh meraikan kedatangan adik-adik dari Acheh.Adik-adik sedang dapatkan rawatan di KL. Program last day harini adalah aktiviti di Pantai Putri.7.30 ni dh start kumpul.

Tadi sempat terbaca tentang GOLONGAN AL-MUTASAQITUN .Uish, takutnya. Nauzubillah, mudah-mudahan dijauhi dari golongon itu. Mende ni? Haa, google la, rujuk teks usrah ka. Ni sedikit ja nak share.

Mutasiqit membawa maksud orang yang tercicir atau lari atau gugur di medan dakwah.Di antara gejala yang mendorong kepada golongan tercicir ini ialah :
● Al- futur : gejala kebekuan , atau sifat kemalasan seseorang ahli gerakan untuk aktif melaksanakan tuntutan amar makruf nahi mungkar. Mereka tidak memberikan komitmen yang terbaik dan lebih suka melaksanakan uzlah nafsiah tanpa terlibat dengan masyarakat, untuk mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
● Al- isti’jal : gejala kegopohan, atau sifat keterlaluan seseorang ahli gerakan. Mereka menginginkan kesan positif pada jangka masa yang singkat , lantas mereka kehilangan semangat jika kesan yang diingini tidak dapat dicapai dengan segera. Contoh gejala isti’jal ialah kisah Gerakan pemuda Mesir dizaman Imam Hasan al-Banna, dimana mereka terlalu gopoh memahami tauhid Hakimiyyah yang diperkenalkan oleh Syed Qutb. Lantas mereka mengambil langkah drastik dengan membakar pub-pub, kelab-kelab malam dan memukul orang yang meminum arak serta didalam disko.

Tu pengenalannya,nanti kita tengok, apa punca-puncanya.Saya dh baca, tpi, lenkali la share yer, dh dekat 730 ni. Gejala ni boleh saja menimpa sapa2 pon. Ujian tu mesti ada. Jumaat lepas, kak Niza dgn abg Syam blanja RFC. Sempat la borak-borak. Ayat last dia, jangan tunggu di uji baru nak berubah. Ada dua ujian, ujian senang dan ujian susah.Dan kita selalu kalah dengan ujian kesenangan kerna kita selalu leka , alpa, buang masa, dan yang lebih parah lagi, kita tak sedar pon. Kan kalo ujian kesusahan , kita terus nampak, gitu. Jadi, terus aja berubah. Apepon, moga kita semua terus istiqomah di jalan Nya dan lakukan perubahan dlm hidup kita.

P pantai dulu ya..

Bila Saluran yg Ada tidak berfungsi sebaiknya...

Assalamualaikum,

Inilah kali pertama aku menulis sendiri.Sebelum ni, copy paste jer, sharing la katakan. Rasanya dh kna start belajar menulis. Kalo x, sampai bila pon x pandai. Dulu menulis juge, tpi, bila dibaca balik, x sedap ah tulisan,save as draft jer...

Saya cuma nk zahirkan satu kehairanan saya je. Dulu saya slalu jer trima aduan, komen , komplen dan lain-lain. So, bila jadi org atasan, senyum dan pendam dan proses lah. Cuba baiki mana yg patut.Tapi, bila dh jadi org biasa2 ni, saya slalu perhati adik2 yg ska komplen dulu, bila jadik pimpinan, x buat pon apa yg dicakap dulu.Malah, banyak pulak alasan diberi.Pastu, kalo tegur, x nak trima, bagi alasan lagi.Ish, bosan la. Rasa malas nk tegur dah. Kita plak dia blame balik...aduss...

Korang buatlah yg terbaik.ikut persepsi dan dzon korg. I nk berehat. Cari haluan lain jer la.