:: mencari sinar ::

Majlis Bacaan Yaasin


Assalamu'alaikum.

Salam ukhuwwah penuh mesra diucapkan kepada semua.

Memandangkan peperiksaan akhir yang semakin hampir, insyaAllah

• Institusi Usrah (IU) Melaka
• Majlis Perwakilan Pelajar(SRC)
• Sekretariat Rakan Muda (SRM)
• Jawatankuasa Kolej Pelajar (SCC)
• Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia
• Persatuan Silat Cekak Hanafi
• University Peer Group (UPG)
• Persatuan Bahasa Melayu & Kebudayaan Melayu (PBMKM)


akan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin. Majlis ini adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. agar kita semua dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik untuk menduduki peperiksaan di samping usaha kita mentelaah buku-buku pelajaran. Mudah-mudahan kita memperoleh keputusan cemerlang yang diberkati olehNya.

Majlis ini juga adalah untuk mendoakan ahli keluarga kita, Zulhelmi bin Mohd Nasir yang baru-baru ini telah ditimpa musibah. Mudah-mudahan, dengan keberkatan majlis ini, Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada beliau sekeluarga.

Butiran mengenai majlis ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 14 Mei 2009 bersamaan 19 Jamadil Awal 1430H (Khamis)
Masa: 8 Malam
Tempat: Masjid Al-Irshad


Diharapkan sahabat-sahabat semua sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis ini. InsyaAllah bermanfaat buat kita semua. Dapatlah juga kita mengeratkan silaturahim dan bermaafan sesama kita.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Maksud surah Al-Baqarah, ayat 186)

Wallahu'alam.

1 comments:

HafizuddinPirus said...

JOM2..

Tahniah.. Layout Saudara semakin advance sekarang..^_^

Post a Comment